Sekiranya blog ini agak lama tidak dikemaskinikan, ini kerana saya telah berdepan dengan situasi yang cukup mencabar.Terasa sungguh perjalanan ini tidak semua indah seperti gambar2 saya yang sentiasa tersenyum sebelum hari-hari berita diterima beberapa hari yang lalu bahawa Ibu saya mempunyai jantung yang tersumbat di 3 vessels utamanya (80-90% blockage) dan sebarang bentuk rawatan adalah high risk memandangkan usianya sudah pun 74 tahun.Open heart surgery memang totally out jadi mereka menganggap angioplasty surgery lebih selamat walaupun masih berisiko.
Buat pertama kalinya saya tidak tahu hendak buat apa.Berita diterima 7 hari sebelum keluarga saya akan sampai dan 3 minggu sebelum saya pulang ke Msia.Antara mahu mengambil plane pulang untuk bersama Ibu atau tunggu sahaja keluarga saya sampai sebab barang2 saya tidak boleh ditinggalkan begitu sahaja.Saya betul2 dilemma.Kawan2 yang dihubungi ada yang berkata, pulang! Ibu kamu hanya seorang, cuti bila2 boleh.Ini menambahkan lagi beban emosi saya.Mereka tidak tahu saya di Ithaca.Lapangan terbang antarabangsa terhampir adalah sejam lebih jauhnya.Di sini tidak ada bas ke situ.Harus naik taxi.Tel di apt saya tidak boleh memanggil ke luar Ithaca.Di Amerika, semuanya answering machine.Betapa sukar untuk bercakap dgn seorang manusia yang bisa memahami bagi saya menukar tiket saya pulang.Sebetulnya, dalam krisis sebegini, seringkali ada orang lain yang memikirkan apa perlu dibuat.Saya rupanya terlalu bergantung akan suami saya!Dalam pada itu, saya cuba mencari di internet.Rata2 mereka perlukan 3 hari untuk menerima tempahan.Dan rata2 ia akan berlaku 2-3 hari selepas surgeri Ibu saya.
Dalam keadaan serba kurang, saya akhirnya berserah kepada qada dan qadar.Sekiranya inilah takdir saya, saya terima.Dalam pada itu saya bernasib baik mempunyai teman2 yang begitu mengambil berat.Saya mesti sebutkan Tuan Haji Zaidon yang tidak putus2 berdoa dan solat hajat untuk Ibu saya.Beliau juga telah suruh saya mengamalkan doa ratib yang saya kira amat efektif sekali dan menenangkan.Dina terpaksa turun sebagai 'kiyai' kerana dia juga dipaksa mendoakan!Rita sentiasa di YM bertanya khabar.Ruzy juga memperingatkan pentingnya sabar.Saya juga harus sebutkan rakan2 bukan Islam saya yang turut bersama memberi sokongan moral: Ivy, Robyn (pakar psychology dari England yang berada se aparment dgn saya.Dia banyak membantu!),Bao Chan di Vietnam,Eugene,Tom,dll. Teman2 saya di Ithaca: Yuni, Cris juga faham apa saya lalui.Cris dalam linangan air matanya bercerita bagaimana apabila dia buat keputusan untuk bernikah dgn orang Islam dari Indonesia dan berpindah ke Indonesia, Ibunya berkata "aku tidak ada halangan..suamimu orang baik2 dan aku percaya dia akan menggembirakan kamu tetapi kau akan berada jauh dari ku dan kau anak tunggal ku." Namun begitu Ibunya datang dan menziarahinya di Indonesia, kadangkala tinggal sampai 8 bulan lamanya.Ketika ia sakit dan sebelum meninggal, dia berpesan kpd paman Cris agar tidak memberitahu Cris berita kematiannya kerana dia tidak mahu Cis bersedih atau tergesa2 mengejar untuk melawatnya.Katanya biar diberitahu setahun kemudian kerana mengikut kepercayaan orang Kristian orthodoks Romania, roh hanya akan naik ke atas langit selepas 8 bulan.Sekiranya Cris datang dalam tempoh ini, Ibunya akan melihat anak tunggalnya kesedihan dan rohnya tidak akan tenang.
Cris hanya tahu setahun kemudian Ibunya sudah tiada.Cris dalam usaha menulis novel tentang kehidupannya.Sama2lah kita tunggu.Beliau tahu 6 bahasa dunia dan pernah tinggal di beberapa kota Asia.Pasti novelnya meletup -- bagaimana dia tabah hidup di luar lingkungan budayanya dan kehidupannya sebagai orang Muslim.Semangat patriotiknya terhadap Indonesia mengalahkan anak lahir Indonesia sendiri.Cris, gue tabik lu. :)
Di dalam kebinggungan saya ini, saya juga mendengar kisah teman penulis Amerika (playwright) yang saya harap akan dtg ke KL satu hari nanti mempersembahan hasil karyanya.Karya2 beliau telah dipentaskan di New York, Princeton University, Pakistan dan sebagainya.Dia seorang doktor perubatan tetapi memilih untuk menjadi seorang playwright dan artis.
Dia juga faham situasi saya sebab dia juga tidak sempat pulang ketika Ibunya meninggal di Pakistan.Katanya 20 tahun dia merana tetapi akhirnya dia akur, some things are not meant to be.
Pengajaran yang saya terima dari ujian ini ialah lakukanlah yang terbaik buat Ibubapa kita sementara mereka hidup kerana setiap kali kita bertemu dgn mereka, kita tidak tahu itu adalah yang terakhir buat kita.
Dan Nik bertanya, "Lain kali nak pergi lama2 lagi?"
Anda tahu jawaban saya. :)
Tahniah kepada IJN team yang telah memberikan khidmat cemerlang mereka terutama Dato Dr. Rosli Mohd Ali.Semoga mereka sentiasa dirahmati Allah.