Tuesday, July 09, 2019

Transformasi diri

Saya perlu catit ini sebelum terlupa (untuk rujukan masa depan).

Hari ini saya diminta merasmikan satu prog IIIT bersama 17 unis dari Msia dan Indonesia tentang Islamisation of Knowledge. Saya sempat bersarapan dgn beberapa perwakilan uni di Bogor (Tazkia) yang memang saya kagumi sejak awal tahun (VCnya bekas pelajar IIUM)

Uni mereka ini telah berjaya mengubah masyarakat setempat melalui pendekatan Islam mereka via Islamic micro financing.Bkn sahaja org kampong bijak berniaga dan berdikari tetapi lifestyle mereka pun menjadi Islamik melalui pakaian yang menutup aurat, cepat membayar hutang, solat tidak tinggal sehingga apabila kampong yang berdekatan dilanggar tsunami, kg mereka selamat atau tidak menganggu mereka dari terus membayar hutang mengikut masa. MashaAllah, menitis airmata sesiapa yang mendengar cerita ini.

Jadi hari ini saya berjumpa lagi  seorang lagi academic dari Uni yang sama. Saya tanya mcmana kamu semua berjaya membuat transformasi masyarakat begitu hebat, begitu cepat.

Masa dia explained tu hati saya berkata, lain yang ditanya, lain dijawab tetapi saya cuba menyabarkan diri dan berlapang dada mendengar penerangannya tanpa menyampuk.

Nah, nyata bersabar itu mendatangkan hasil yang lumayan! Cukup memberi inspirasi!

Katanya Allah memberi setiap orang itu kelebihan. Setengah orang Allah jadikan kaya. Sebahagian lain hanya cukup (pada saat ini yang terdetik..lain orang tanya..lain dia jawab...haha). Saya menyampuk, "Takda orang miskin?"

"Tidak ada", katanya.

Jadi orang kaya harus membantu orang yang cukup tetapi org cukup tidak boleh meminta-minta nanti jadi kebiasaannya meminta-minta, katanya. Wah..saya semakin tertarik untuk diam.

Jadi, mereka memberi pinjam dana kpd orang secara berkumpulan (5 in a group) dan ini diakadkan di khalayak ramai dan ada agreement bertulis bahwa hutang akan dibayar balik mengikut kadar pinjaman. Kalau pinjam 5 juta, pulang mesti 5 juta juga mengikut tempoh yang ditentukan. No riba. Yang meminjam mesti guna wang yang boleh menjana balik wang yang dipinjam.

Nyata ini berkesan dan telah mengubah ekonomi orang2 kampong dari cukup kpd kaya.
Ingin saya coba model ini.

No comments: