Tuesday, July 30, 2019

Trip to China

Entry ini tercicir (sebab byk sgt peristiwa berlaku setelah saya pulang dari Guiyang, China).

Ceritanya agak dramatik sebab saya tiada rancangan untuk ke China tetapi diminta pergi mengiringi team IIUM yang terpilih di dalam China-ASEAN Education Cooperation Week di Guliang yang saya sendiri tak sempat nak google di mana di China. Dua kali naik plane dan flights di China terkenal selalu delay. Memang antara 4-5 jam delaynya. Lembik kami bila tiba hampir tengah mlm di Guiyang sejak bertolak selepas subuh di Msia. Nasib bilik hotel selesa.Tapi makan susah.Nompang bekal Dr. Zee dari UiTM yang biasa datang ke Guiyang. Ada sambal bilis petai yang telah dipack-kan.Katanya ada dijual di station Petronas Bukit Beruntung.Lain kali nak pi China kena siap bekalannya.

So we took part in the dialogue with Chinese unis and IIUM managed to sign up with 6 unis/colleges. Not bad for a new kid on the block. Dr Mariana and team sgt cekap. We were taken to an ancient city zaman dinasti Ming and Chin ke. Part of Chinese Great Wall pun ada di situ. Jalan byk juga sampai I tak larat. Jumpa satu basikal built for two, I suruh Haydan ambik and tolong kayuh I ke tempat bas kami. Pastu tak tau pulak mcmana nak brake..we saw a bus coming..I tekan je apa yang ada. Nasib mmg brake rupanya. Then sekali lagi this old man lalu melintas, Haydan ni melolong je boleh diharap. Haha.

But I'm grateful he was courageous enough to rembat entah basikal siapa je. Mmg I dah tak larat nak jalan. Rasa mcm nak pengsan dah masa tu.

I spoke to introduce IIUM. Our uni rejects participating in QS ranking so mmg we have no rank. While uni lain dok shared ranking mrk..IIUM had only makasid shariah, filosofi pendidikan nasional and SDG aspirations to share. Tak tau la how that was received by our communist counterparts. Nampak mereka mengejar2 juga kami to sign up. Kami pun kejar juga mereka. Ada yang lari takut. Haha.

But Guiyang ni very clean, very modern, very green, OK? Dr. Fadzil and I kata we don't mind staying here.Bukan nak mengada, kata disclaimer kami..tapi memang tenang..no traffic jam mcm KL.






Girls' Outing

This time I was not in charge and was the last to arrive. :) Dok sibuk menonton pertabalan Yang Dipertuan Agong, Sultan Pahang ku. What a couple. Nampak macam semua golongan rakyat menerima baik kedua mempelai ini. I kenal Tok dia since zaman I budak..ninda Agong tu. Memang mesra rakyat. I remember the day Sultan Abu Bakar merasmikan our kawasan perumahan yang dinamakan sempena nama baginda: Taman Tengku Abu Bakar. That pakaian rasmi di raja Pahang, jalur2 kelabu gitu. I remember it from my childhood days sbb Sultan Abu Bakar pun pakai busana yang sama.

And cucunya hensem. Itulah ralek menonton sampai lewat pi lunch dgn kawan2 di De Wan 58. I saw their WA message: Freda, switch off the TV. Food is here. Haha (sebelum tu I texted that I was still at home watching coronation).

We had a good time, being old and silly. Pastu merepek2 nak pi holiday together sana sini. Mula2 nak pi Lake District..then it got closer and closer to home. Berangan tak habeh. Some of us susah nak cuti lama2 so tunggu pencen je le. If we can still walk!

I feel rested sebab I took the day off semalam. This time last year, we were riding Icelandic horses. How I miss such a time.


Wednesday, July 17, 2019

A day with guests from Imam Malik College

The President came. I felt really bertuah sebab dia ni ilmuan, a poet and has written many books in celebration and in defense of the Prophet and his sunnah sampai satu ketika dia bermimpi Rasulillah sendiri seolah-olah endorsed his book on him (and maulud practice yang dilihat wahabi sebagai bidaah). Lagi dia terjumpa stranger in Makkah yang memang mencari2 dia utk khabar gembira, bahawa dia melihat Sheikh ini berjalan bersama Rasulillah yang memegang bukunya yang berjudul sekian sekian which is still in the making. Tapi orang Arab memang suka khabar gembira macam ni ek? Especially orang Mesir. Tapi anggaplah kisah ini benar. :) Sheikh ni pun nampak ikhlas orangnya.

So we had lunch with the team and team IIibF. Harap2 berjaya lah planning mrk ni. Jgn hangat2 taik ayam sudahlah.

Tuesday, July 09, 2019

Transformasi diri

Saya perlu catit ini sebelum terlupa (untuk rujukan masa depan).

Hari ini saya diminta merasmikan satu prog IIIT bersama 17 unis dari Msia dan Indonesia tentang Islamisation of Knowledge. Saya sempat bersarapan dgn beberapa perwakilan uni di Bogor (Tazkia) yang memang saya kagumi sejak awal tahun (VCnya bekas pelajar IIUM)

Uni mereka ini telah berjaya mengubah masyarakat setempat melalui pendekatan Islam mereka via Islamic micro financing.Bkn sahaja org kampong bijak berniaga dan berdikari tetapi lifestyle mereka pun menjadi Islamik melalui pakaian yang menutup aurat, cepat membayar hutang, solat tidak tinggal sehingga apabila kampong yang berdekatan dilanggar tsunami, kg mereka selamat atau tidak menganggu mereka dari terus membayar hutang mengikut masa. MashaAllah, menitis airmata sesiapa yang mendengar cerita ini.

Jadi hari ini saya berjumpa lagi  seorang lagi academic dari Uni yang sama. Saya tanya mcmana kamu semua berjaya membuat transformasi masyarakat begitu hebat, begitu cepat.

Masa dia explained tu hati saya berkata, lain yang ditanya, lain dijawab tetapi saya cuba menyabarkan diri dan berlapang dada mendengar penerangannya tanpa menyampuk.

Nah, nyata bersabar itu mendatangkan hasil yang lumayan! Cukup memberi inspirasi!

Katanya Allah memberi setiap orang itu kelebihan. Setengah orang Allah jadikan kaya. Sebahagian lain hanya cukup (pada saat ini yang terdetik..lain orang tanya..lain dia jawab...haha). Saya menyampuk, "Takda orang miskin?"

"Tidak ada", katanya.

Jadi orang kaya harus membantu orang yang cukup tetapi org cukup tidak boleh meminta-minta nanti jadi kebiasaannya meminta-minta, katanya. Wah..saya semakin tertarik untuk diam.

Jadi, mereka memberi pinjam dana kpd orang secara berkumpulan (5 in a group) dan ini diakadkan di khalayak ramai dan ada agreement bertulis bahwa hutang akan dibayar balik mengikut kadar pinjaman. Kalau pinjam 5 juta, pulang mesti 5 juta juga mengikut tempoh yang ditentukan. No riba. Yang meminjam mesti guna wang yang boleh menjana balik wang yang dipinjam.

Nyata ini berkesan dan telah mengubah ekonomi orang2 kampong dari cukup kpd kaya.
Ingin saya coba model ini.