Sunday, September 01, 2019

Back at The Hague

Aug 16-18: The Hague

Aug 18- 22: Lake Brienz/Zurich

Aug 22-25: The Hague

In case I forget when 2019 vacation was, those are the dates.
A day before I flew (alone) to KL, we went on a picnic at Stompwijk with Z's friend's family.Cantik tempatnya (kampong not far from The Hague).

I buat tauhu sumbat but sos terpedas. Robert's dad yang makan lebih dari satu. Orang lain were just being polite. Z's chicken curry dimakan dgn roti nan was a fav. R's mom buat quiche. Sedap.

It was a nice time out in the sun.











More pics of Swiss holiday











Summer vacation 2019

I did not plan to go on any this year sebab kerja banyak and susah nak ambik cuti (bukan susah...takut Boss tak bagi. Haha) but Nik memang planned to go to visit Z and meronda London with his surau friends. At the same time he ngok ngek komplen I never go on any family outing anymore. Kesian juga mendengarnya so I said OK, I take 10 days ja (he would take the usual 2 weeks)

So off we went. Letak bags sari at The Hague, cabut pi Zurich and rented a car to Lake Brienz near Interlaken. What we didn't know jalannya sempit dan bergaung and driving left in those conditions agak mengerikan. Banyak terowong yang panjang2 and Swiss drivers mcm KL drivers...semua kaki pecut dan tak penyabar!

But the thing about driving is time is within our control. Can stop mana kita suka. So we stopped at Lucerne for lunch.. pi beli chokelat dia. Menyesal tak beli banyak2 sebab kat Zurich takda! (satu brand tu)

Then we got to our chalet by the lake. Phuiyooo...cantik giler. The Alps kiri kanan depan belakang but cannot mandi. Air sejuk macam air batu.

Then we took a train at Interlaken up the Alps..to Murren..lunch and cable car etc. Hai, cantiknya. Jika je tak mahal..we would want to stay longer. I would want to go again. Duduk lama2 sikit.3 hari tak cukup.

Then we drove back to Zurich. Serba serbi mahal. Makan pun mahal (dan tak sedap). Met Prof W's friend who took us to a halal dinner.Cerdik dia ni.

Water at Lake Lucerne

Lake Brienz

Our chalet overlooking the lake

Our breakfast space with a view to kill

Boleh duduk termenung berjam-jam di sini

Eidul Adha 2019

This is a late entry. It has been a busy year but I need to put this on record.

The Queen was supposed to raya with us on 2nd day at IIUM but she postponed the trip to a later date but we had to go ahead with the raya rewang...lembu orang dah sedekah sampai 5 ekor (out of 60 given by donors). By the time I sampai, rewang was done. I thought I was late but apparently UMC members memang kena dtg lewat sikit. I was disappointed cos' I was ready to rewang doing my salad. I rewang juga. Some ladies were kind enough to rewang with me.

Then we had nasi bryani and korma daging. So fresh and so sedap sebab a staff from Engineering memang pandai buat paste korma tu. Some of us bungkus bawak balik  :)

The first day raya we went balik Raub mcm biasa. Jam was so terok that we had to break the journey to two: from my home to IIUM..berhenti solat etc then after 9 pm something baru bertolak. All in all close to 6 hours.

But it was worth it. This year, I did biri2. According to Shahrul, from Barbados. Haha..pandai jelah dia tu but it did look mixed. Suruh duduk, dia duduk, suruh masuk dalam Hilux, dia masuk tanpa banyak drama. And mashaAllah isinya sedap but of cos' we did not take all.


Tuesday, July 30, 2019

Trip to China

Entry ini tercicir (sebab byk sgt peristiwa berlaku setelah saya pulang dari Guiyang, China).

Ceritanya agak dramatik sebab saya tiada rancangan untuk ke China tetapi diminta pergi mengiringi team IIUM yang terpilih di dalam China-ASEAN Education Cooperation Week di Guliang yang saya sendiri tak sempat nak google di mana di China. Dua kali naik plane dan flights di China terkenal selalu delay. Memang antara 4-5 jam delaynya. Lembik kami bila tiba hampir tengah mlm di Guiyang sejak bertolak selepas subuh di Msia. Nasib bilik hotel selesa.Tapi makan susah.Nompang bekal Dr. Zee dari UiTM yang biasa datang ke Guiyang. Ada sambal bilis petai yang telah dipack-kan.Katanya ada dijual di station Petronas Bukit Beruntung.Lain kali nak pi China kena siap bekalannya.

So we took part in the dialogue with Chinese unis and IIUM managed to sign up with 6 unis/colleges. Not bad for a new kid on the block. Dr Mariana and team sgt cekap. We were taken to an ancient city zaman dinasti Ming and Chin ke. Part of Chinese Great Wall pun ada di situ. Jalan byk juga sampai I tak larat. Jumpa satu basikal built for two, I suruh Haydan ambik and tolong kayuh I ke tempat bas kami. Pastu tak tau pulak mcmana nak brake..we saw a bus coming..I tekan je apa yang ada. Nasib mmg brake rupanya. Then sekali lagi this old man lalu melintas, Haydan ni melolong je boleh diharap. Haha.

But I'm grateful he was courageous enough to rembat entah basikal siapa je. Mmg I dah tak larat nak jalan. Rasa mcm nak pengsan dah masa tu.

I spoke to introduce IIUM. Our uni rejects participating in QS ranking so mmg we have no rank. While uni lain dok shared ranking mrk..IIUM had only makasid shariah, filosofi pendidikan nasional and SDG aspirations to share. Tak tau la how that was received by our communist counterparts. Nampak mereka mengejar2 juga kami to sign up. Kami pun kejar juga mereka. Ada yang lari takut. Haha.

But Guiyang ni very clean, very modern, very green, OK? Dr. Fadzil and I kata we don't mind staying here.Bukan nak mengada, kata disclaimer kami..tapi memang tenang..no traffic jam mcm KL.






Girls' Outing

This time I was not in charge and was the last to arrive. :) Dok sibuk menonton pertabalan Yang Dipertuan Agong, Sultan Pahang ku. What a couple. Nampak macam semua golongan rakyat menerima baik kedua mempelai ini. I kenal Tok dia since zaman I budak..ninda Agong tu. Memang mesra rakyat. I remember the day Sultan Abu Bakar merasmikan our kawasan perumahan yang dinamakan sempena nama baginda: Taman Tengku Abu Bakar. That pakaian rasmi di raja Pahang, jalur2 kelabu gitu. I remember it from my childhood days sbb Sultan Abu Bakar pun pakai busana yang sama.

And cucunya hensem. Itulah ralek menonton sampai lewat pi lunch dgn kawan2 di De Wan 58. I saw their WA message: Freda, switch off the TV. Food is here. Haha (sebelum tu I texted that I was still at home watching coronation).

We had a good time, being old and silly. Pastu merepek2 nak pi holiday together sana sini. Mula2 nak pi Lake District..then it got closer and closer to home. Berangan tak habeh. Some of us susah nak cuti lama2 so tunggu pencen je le. If we can still walk!

I feel rested sebab I took the day off semalam. This time last year, we were riding Icelandic horses. How I miss such a time.


Wednesday, July 17, 2019

A day with guests from Imam Malik College

The President came. I felt really bertuah sebab dia ni ilmuan, a poet and has written many books in celebration and in defense of the Prophet and his sunnah sampai satu ketika dia bermimpi Rasulillah sendiri seolah-olah endorsed his book on him (and maulud practice yang dilihat wahabi sebagai bidaah). Lagi dia terjumpa stranger in Makkah yang memang mencari2 dia utk khabar gembira, bahawa dia melihat Sheikh ini berjalan bersama Rasulillah yang memegang bukunya yang berjudul sekian sekian which is still in the making. Tapi orang Arab memang suka khabar gembira macam ni ek? Especially orang Mesir. Tapi anggaplah kisah ini benar. :) Sheikh ni pun nampak ikhlas orangnya.

So we had lunch with the team and team IIibF. Harap2 berjaya lah planning mrk ni. Jgn hangat2 taik ayam sudahlah.

Tuesday, July 09, 2019

Transformasi diri

Saya perlu catit ini sebelum terlupa (untuk rujukan masa depan).

Hari ini saya diminta merasmikan satu prog IIIT bersama 17 unis dari Msia dan Indonesia tentang Islamisation of Knowledge. Saya sempat bersarapan dgn beberapa perwakilan uni di Bogor (Tazkia) yang memang saya kagumi sejak awal tahun (VCnya bekas pelajar IIUM)

Uni mereka ini telah berjaya mengubah masyarakat setempat melalui pendekatan Islam mereka via Islamic micro financing.Bkn sahaja org kampong bijak berniaga dan berdikari tetapi lifestyle mereka pun menjadi Islamik melalui pakaian yang menutup aurat, cepat membayar hutang, solat tidak tinggal sehingga apabila kampong yang berdekatan dilanggar tsunami, kg mereka selamat atau tidak menganggu mereka dari terus membayar hutang mengikut masa. MashaAllah, menitis airmata sesiapa yang mendengar cerita ini.

Jadi hari ini saya berjumpa lagi  seorang lagi academic dari Uni yang sama. Saya tanya mcmana kamu semua berjaya membuat transformasi masyarakat begitu hebat, begitu cepat.

Masa dia explained tu hati saya berkata, lain yang ditanya, lain dijawab tetapi saya cuba menyabarkan diri dan berlapang dada mendengar penerangannya tanpa menyampuk.

Nah, nyata bersabar itu mendatangkan hasil yang lumayan! Cukup memberi inspirasi!

Katanya Allah memberi setiap orang itu kelebihan. Setengah orang Allah jadikan kaya. Sebahagian lain hanya cukup (pada saat ini yang terdetik..lain orang tanya..lain dia jawab...haha). Saya menyampuk, "Takda orang miskin?"

"Tidak ada", katanya.

Jadi orang kaya harus membantu orang yang cukup tetapi org cukup tidak boleh meminta-minta nanti jadi kebiasaannya meminta-minta, katanya. Wah..saya semakin tertarik untuk diam.

Jadi, mereka memberi pinjam dana kpd orang secara berkumpulan (5 in a group) dan ini diakadkan di khalayak ramai dan ada agreement bertulis bahwa hutang akan dibayar balik mengikut kadar pinjaman. Kalau pinjam 5 juta, pulang mesti 5 juta juga mengikut tempoh yang ditentukan. No riba. Yang meminjam mesti guna wang yang boleh menjana balik wang yang dipinjam.

Nyata ini berkesan dan telah mengubah ekonomi orang2 kampong dari cukup kpd kaya.
Ingin saya coba model ini.

Monday, June 24, 2019

The Dubai trip

Some things happened unplanned.That was how I ended in Dubai for almost a week with 6 ladies from the finance field.And what fun it was! Syukurlah di atas kesempatan bertemu dgn key people in the industry in Dubai and we got to visit a few universities in government cars. Raja Ajman hantar Mercedes and with that passport kami masuk unis tanpa appointments, subhanaAllah. I do not know kawan kaya2 or berpengaruh but I have Allah. We were invited to the king's court and we had a drink with him (I ambik carrot juice, dia pun ambik carrot juice..so sweet. Ingat nak cuba la minuman lain but the dayang angkat cepat sangat.Someone who took the Kiwi juice cakap minuman raja memang lain rasanya. Haha. I was hoping for the pineapple juice for second round).

Pas tu lawyer dia bawak kita merata..hospital lah, uni lah. Hospital visit tu I suka sebab canggih sangat. We met the founder (of 8 hospitals in the Gulf and Africa).Orang-orang macam ni humble. Syukur alhamdulillah, dapat berjumpa.Founder dia pun warak.

Yang paling we enjoyed (women being women) was shopping arbayas at Naif Souk. I yang tak suka arbaya ni pun beli juga. They said I looked like a princess wearing it.Haha..kipas lagi akak, kipas.Panas ni.

Malaysian community di sini baik2 tak macam London. We get free meals daily! Dato DB belanja high tea at The Gate.Mlmnya people from the Bank bawak makan kat restaurant Pakistan (fusion). The following night at a fancy Chinese restaurant. Alhamdulillah.Rezeki orang teraniaya. Haha.

But yang paling best on the way back lepakking at Biz Lounge at Muscat airport. Phuiyoo..Omani food sedap gila. There's something like bubur lambuk which I loved so much.

But travelling is no longer that fun for me.Tak larat nak jalan. Airport pulak besar2 sekarang.





Tuesday, June 11, 2019

Raya with CCIL

Z and her father thought it was really funny catching me chatting with members of CCIL. What does it stand for, Z asked. thinking it's some kind of international commission macam SUHAKAM kaa apa kaa.

I said Cucu Cicit Imam Long.

She and her dad ketawa berguling-guling.

What's so funny? Macam some underground secret society, she said. It is, said I. Grinning.

We met for the first time in 7 generations in Temau. I main redah je. Nasib baik they were kind. Siap bagi location. It was a real countryside. Got tobek..angsa, itik, rabbits, peacocks (30 ekor!), burung from rare species, herbal garden, rusa, kambing..ohh what a heaven! We all loved it. Robert nak datang lagi bawa kawan2 nanti, katanya yang baru digigit tikus jari kakinya (it became a raya joke for days).

We went visiting rumah sedara mara (yang semakin sedikit sebab ramai dah meninggal). First day at Kak De's and second day at Long's. A lot of laughter over me teaching Robert important Malay expressions like "saya haus"and "saya lapar". He will survive with that. :)

Balik KL we went visiting sedara mara in KL pulak (yang tak berapa sihat).Tiring juga dok makan minum ginih but nice meeting setahun sekali. :)

Back at work, I managed to accomplish quite a lot, alhamdulillah. I need the quiet to focus. Give me more time and space. Kerja menimbun ni.


Monday, June 03, 2019

Ramadan makin berundur

This Ramadan I got hooked up reading the Quran. Cita-cita nak khatam but in the final week byk betul distractionsnya. I have 4 chapters to go. Rasanya takda la tu. But I have read those 4 chapters so secara logiknya I dah baca satu Quran sekali dgn tafsirnya but tak puas hati sebab tak sejajar dgn bacaan di bulan Romdan.Oh well, good reason to continue reading after Ramadan.

Yang nyta, Allah feels strongly about manusia ini selalu nak menyekutukanNya and how every time we say we will believe if He shows this and that, kita akan senantiasa mungkir janji and continue to menyekutukannya. Allah tak suka kita sembah selain dia: berhala, jin/syaitan (bagi yang kuat berbomoh tu, ingat2lah) and He says He knows what we think and do secara terbuka or tertutup.

Lagi satu sifatNya yang Penyanyang nyata.  He says He will not destroy sesuatu kaum/tempat itu jika yang buat jahat tu segelintir. Bila semua dah teruk, baru turun bala. Dia Maha Pengampun..macamana jahat pun kita if kita taubat dan kembali ke jalanNya, kita clean.

Ramadan semakin berundur.We do not know if we will have this opportunity again next year. Last Ramadan I could still do terawih at the mosque berdiri. This year, nak duduk bersimpuh pun sakit. So let's doa we will be given another healthy year to meet Ramadan next year and masa yang berbaki dua hari ni, pulun...jangan tak pulun.

Selamat beribadah.