Saturday, January 31, 2015

Meeting at The Zone

It was difficult to find the place.I was almost two hours late going round and round looking for The Zone.Signage atas bumbung sapa nak nampak...on the entrance lain, atas bumbung lain.

But my hosts were forgiving.I sempat juga tanya soalan about research grants for my translation project.Met other reps from other countries.Got the ladies to agree to contribute something for my intended project.Cita-cita besar.Commitments sana sini.May Allah help me!

Battery ran out so the only pic of the event came frm Prof Noraini's phone camera.Dinner was good.


Friday, January 30, 2015

Day trip to Ipoh

A few ASA members paid a visit to our former colleague in Ipoh, Dato Seri Zambry and his family.Datin Seri Sharifah is such a humble and friendly person.Every malam Jumaat, they would give makan to budak-budak sekolah tahfiz sekitar Perak, do solat hajat, tazkirah,zikir bagai.Sungguh hidup malam Jumaat di kediaman Menteri Besar Perak ini.I do not think ada MBs lain yang buat macam ni.In a way, UIA telah berjaya mengeluarkan pemimpin yang tidak melupakan Penciptanya.DS is of the earlier batch of IIUM students...a direct anak didik Prof Kamal.

We left IIUM campus at 5 pm.Balik KL 2 am. But if we were to work with the orang asli at Tasik Banding, it's important we inform the state of our intention.Tak manis masuk rumah orang tak bagi salam pada tuanrumah.Gitu.

Our good friend Prof Sobri (kita sama2 heads of dept at the kull many years ago) asked if I wanted to join their new uni.How sweet of him to think of me.I said my hubby would not want to pindah to Perak.Ketidak I tinggal sebelah rumah Saniah di Kuala Kangsor gamaknya.Haha.Well, it was really nice meeting all of them.Orang UIA ni dia dah ada satu macam brotherhood and sisterhood which would make us all feel like family.Yang ni org tak faham why we spend our whole life at the uni (first job sampai ke mati).It's that ukhwah/brotherhood-sisterhood thingy.










Tuesday, January 27, 2015

Australia Day

Australian High Comm celebrated its Australia Day at KLCC Convention Centre today.Some 1000 guests came.Nice networking time for me.Potential smart partners for our flood projects.Syukur.

Some pics

Clare and Vann (Gleneagles Orthopedic surgeon)
and a new friend from Agriculture

60 years of friendship


cocktails

the choir




roast beef dia sedap

Fish station (raw fish)
roti legam (far right) tu namanya roti charcoal

Friends from Equador and Switzerland

Sunday, January 25, 2015

Malam ini

...misi pasca-banjir kedua ASA bertolak malam ini dengan beberapa wartawan dari akhbar bukan mainstream.

Doakan team ini selamat pergi dan kembali.Banyak kisah-kisah cemas petang tadi...driver hilang tak dapat dihubungi.Dikuatiri beliau tidur.Nasib one of the members dapat bercakap dengan isteri driver.I think things are in order now.

Gambar-gambar ASA di perkampungan orang asli di Tasik Banding pada Isnin 26/1/15.Team kami telah melawat 5 buah kampong dan mengageh-agehkan bekalan makanan kpd kampong2 ini: Kg Chuweh 1-3, Kg Chiong dan satu lagi Kg Cherok Bus atau sebunyi dengan itu (I have to double check ejaannya).Rata-rata kelompok ini berbangsa Temiar dan Jahai dan ada 2 kampong yang penduduknya Kristian tapi kami serahkan juga bantuan makanan sebab mereka pun manusia juga dan terkepong.

Orang2 dari Jabatan Agama Perak masak gulai kawah utk kami dan kami makan di surau di tepi tasik.Makanan itu juga diageh-agehkan kpd penduduk di situ.Sebelum itu kami beramah mesra dgn kanak-kanak di Kg. Chiong..saya bercerita hantu dan budak2 itu menyanyi sebaris lagu sekolah mereka (kami beri hadiah).Kami juga mengetip kuku kanak2 di situ.Mereka pemalu tetapi lovable.

Sekolah mereka tenggelam dan tiada tanda air tasik akan surut.Tindakan susulan kami ialah mengembalikan kanak2 ini ke sekolah, mendapatkan bot utk kg ini dan memberi bekalan air tapis kpd penduduk kg..sebahagian dari plan jangka panjang kami.

Kami naik bas tidur atas bas.Nak hancus rasa badan digoncang bas tetapi kami bersyukur di atas pengalaman ini.TV Awani dan TV Antarapos ke hapa interbiu kami.Kami harap berita itu akan memberi kesedaran tentang impak pembalakan ke atas alam sekitar dan bagaimana pembangunan membunuh komuniti org asli secara perlahan.

http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7Wlc5hkbg





Prof Aslam kata gambar ini too happy

Prof Aslam tanya mengapa saya sempat ber-selfie

Masih fresh setiba di jeti Tasik Banding nak naik boat sejam ke Kg Chuweh

Bantuan bekalan makanan kami sebanyak 70 kotak

Menaiki boat sejam





Sekolah yang tenggelam dan tidak mungkin timbul lagi

Ini dulunya rumah penduduk

mengetip kuku anak-anak kg ini
pemuda yang hilang punca pekerjaan











sesi bercerita


Saya ditemubual wartawan TV Astro, Sinar Harian
and Antarapos