Saya sudah berasa lega bila isu tidak berfaedah ini ditutup rapi oleh akhbar yang mula-mula mengecohkannya apabila CEO IKIM bersuara tegas mengatakan kita hanya membuang masa membicarakan hal2 yang tidak membawa kita lebih hampir kepada Allah tetapi hanya memenuhi tuntutan nafsu semata-mata.Pada hari yang sama di akhbar yang sama, Penolong Pengarah YADIM juga menengahkan isu pokok perkahwinan.Rata-rata perkataan yang timbul adalah ia 'tanggungjawab'; ia 'amanah' dan kaum lelaki mempunyai peranan mengerudi hala tuju keluarganya.
Tetapi akhbar2 Inggeris pula memutarkan semula isu itu hari ini. Arggh!
Saya juga pelik (sebagai orang yang tidak berilmu tinggi di bidang2 hukum Islam) bagaimana para ulema lelaki kita baik di tanahair biarpun di luar sana, begitu cepat mengiyakan misyar ini walaupun mereka tahu betapa banyaknya ayat2 Quran dan hadis tentang perkahwinan di dalam Islam.Mereka juga pastinya tahu Rasulullah yang sewajarnya menjadi contoh dan ikutan kita semua juga telah mengahwini wanita kaya tetapi Rasululah tidak minta dimisyarkan.
Jadi akhirnya saya sendiri bimbang dan takut akan ulama-ulama ini (sangat-sangat takut sebenarnnya)...apakah mereka ini golongan ulama akhir zaman yang telah diberi amaran kpd kita bahwa inilah tanda kiamat yang hampir?
Saya selalu melihat diri saya sebagai orang yang terakhir yang akan mempertahankan institusi ulama2..tetapi dgn lahirnya isu misyar ini, saya tidak lagi pasti!
Saya hanya akan mengikut panduan Quran (terutama apa sahaja di dalam An Nisa') dan gaya hidup Rasullulah (s.a.w.) Ini muktamad.
Misyar adalah amalan lelaki dayus! (dan wanita yang bertopengkan agama membeli sebuah perkahwinan bagi memenuhi tuntutan fizikal dan emosi tetapi tidak spiritual)
Desas desus kononnya misyar menyelamatkan kaum wanita adalah alasan.Di mana juara-juara ini bila wanita diperkosa? Disepak-terajang kerana sang suami ingin berpoligami tanpa mengikut batasan agama? Mereka membaca cerita2 wanita di dalam celah2 kehidupan tanpa mahu mengeluarkan fatwa : ini harus dihentikan.Lelaki yang menyiksa wanita harus dihukum berat.
Tetapi bila isu misyar, ramai lelaki bangun dan berkata Islam mengiyakan ini.Ini sah! (Memanglah apa-apa perkahwinan dgn izin wanita sah tapi adakah itu cara hidup yang diajar oleh Rasulullah?)
Satu cara mengatasi fahaman begini sempit ialah mendidik anak-anak perempuan kita agar sekiranya mereka diberikan rezeki oleh Allah lebih dari kebanyakan lelaki yang bakal mengahwininya, pilihlah yang beriman yang tahu hukum hakam agama dan tahu tuntutan agama ke atasnya sebagai suami yang bertanggung-jawab.Jangan kawin kerana tuntutan seks semata.