Saya sudah berasa lega bila isu tidak berfaedah ini ditutup rapi oleh akhbar yang mula-mula mengecohkannya apabila CEO IKIM bersuara tegas mengatakan kita hanya membuang masa membicarakan hal2 yang tidak membawa kita lebih hampir kepada Allah tetapi hanya memenuhi tuntutan nafsu semata-mata.Pada hari yang sama di akhbar yang sama, Penolong Pengarah YADIM juga menengahkan isu pokok perkahwinan.Rata-rata perkataan yang timbul adalah ia 'tanggungjawab'; ia 'amanah' dan kaum lelaki mempunyai peranan mengerudi hala tuju keluarganya.
Tetapi akhbar2 Inggeris pula memutarkan semula isu itu hari ini. Arggh!
Saya juga pelik (sebagai orang yang tidak berilmu tinggi di bidang2 hukum Islam) bagaimana para ulema lelaki kita baik di tanahair biarpun di luar sana, begitu cepat mengiyakan misyar ini walaupun mereka tahu betapa banyaknya ayat2 Quran dan hadis tentang perkahwinan di dalam Islam.Mereka juga pastinya tahu Rasulullah yang sewajarnya menjadi contoh dan ikutan kita semua juga telah mengahwini wanita kaya tetapi Rasululah tidak minta dimisyarkan.
Jadi akhirnya saya sendiri bimbang dan takut akan ulama-ulama ini (sangat-sangat takut sebenarnnya)...apakah mereka ini golongan ulama akhir zaman yang telah diberi amaran kpd kita bahwa inilah tanda kiamat yang hampir?
Saya selalu melihat diri saya sebagai orang yang terakhir yang akan mempertahankan institusi ulama2..tetapi dgn lahirnya isu misyar ini, saya tidak lagi pasti!
Saya hanya akan mengikut panduan Quran (terutama apa sahaja di dalam An Nisa') dan gaya hidup Rasullulah (s.a.w.) Ini muktamad.
Misyar adalah amalan lelaki dayus! (dan wanita yang bertopengkan agama membeli sebuah perkahwinan bagi memenuhi tuntutan fizikal dan emosi tetapi tidak spiritual)
Desas desus kononnya misyar menyelamatkan kaum wanita adalah alasan.Di mana juara-juara ini bila wanita diperkosa? Disepak-terajang kerana sang suami ingin berpoligami tanpa mengikut batasan agama? Mereka membaca cerita2 wanita di dalam celah2 kehidupan tanpa mahu mengeluarkan fatwa : ini harus dihentikan.Lelaki yang menyiksa wanita harus dihukum berat.
Tetapi bila isu misyar, ramai lelaki bangun dan berkata Islam mengiyakan ini.Ini sah! (Memanglah apa-apa perkahwinan dgn izin wanita sah tapi adakah itu cara hidup yang diajar oleh Rasulullah?)
Satu cara mengatasi fahaman begini sempit ialah mendidik anak-anak perempuan kita agar sekiranya mereka diberikan rezeki oleh Allah lebih dari kebanyakan lelaki yang bakal mengahwininya, pilihlah yang beriman yang tahu hukum hakam agama dan tahu tuntutan agama ke atasnya sebagai suami yang bertanggung-jawab.Jangan kawin kerana tuntutan seks semata.

7 comments:
woii, takda orang nak komen ke?
Faridah, salam kenal dari Okinawa.
Nak cakap iklas dari hati. I paling tak suka bila orang kata kahwin 4 itu halal. Nabi boleh, kita boleh. I just hate this type of men or women.
Yes, you are so right. Bila perempuan setuju kahwin, jadilah halal.
Makan babi masa dharurat, pun halal, betul?
Yang I paling tak suka lagi, dah tahu laki orang, kenapa perempuan terhegeh-hengeh sangat nak kahwin juga. Sunnah! Boleh! Halal!
Anyway, nice to know you. Sorry, got carried away pulak!
Salam buat Halela di Okinawa,
Terima kasih kerana berhenti sejenak di blog saya.Saya sudah tentunya sekata dgn pandangan Halela! :)) Masalahnya agama selalu dipergunakan untuk kepentingan nafsu (ayat yang membenarkan poligami itu seringkali dibaca sekerat jalan..dan kawinlah kamu 2,3 atau empat..dia lupa ayat penuhnya ialah sekiranya kamu tidak mampu berlaku adil, maka seorang sudah memadai.
Saya juga telah tengok blog Halela.Sungguh impressive.Terima kasih kerana berkongsi.
meh kita berkawan :-)
Ha ha..meh kita! Nanti saya perkenalkan seorang lagi teman Kaniza namanya.Dia jurubina, yang bekerja dari rumah.Dia pun macam kita.
Kaniza,
Takziah kerana baru kehilangan ayah yang dikasihi.Semoga dicucuri rahmat ke atasnya.
Ya, Halela, kita pun nak tau macamana kehidupan di Jepun.Saya pernah pergi ke Yokkaichi.Di sana pekedai2nya ramai orang2 tua umur 90 tahun.Nak tunggu dia selesai siapkan pembayaran kad kredit punya la lama sebab dia kena ambik kanta pembesar dulu.Tapi best kat Jepun.Bersih.Org2nya pun beramanah.Saya tertinggal digital camera dalam keretapi, station master cari sampai jumpa (train dah pergi tempat lain tapi mereka dapat traced!)
Saya juga suka makanannya.
Salam kenal kaniza,
Kalau nak tahu macamana saya tercampak ke pulau ini, sila baca di archive Sept 2005 - Lap ala Jopun 1,2 & 3. Di situ nanti tahu cara saya landing di Jepun.
Post a Comment