Monday, October 19, 2015

Mata ketiga

Dua perkara yang membuat saya menangis minggu ini.

Menamatkan memoir Irfan Hamka mengenai ayahnya di dalam Ayah (2015).Episode yang sgt mengharukan ialah saat-saat akhir Hamka sebelum meninggal (di dalam koma).Dia meminta pasir di sisinya.Untuk tayamum ketika masuk waktu solat.Bila dia tak mampu buat sendiri, anak perempuannya akan membantu.Di saat genting, dia memanggil isterinya dan berbisik Sabar ya Bu.Serahkan segalanya kepada Allah.

Apabila keluarga bersetuju menanggalkan life support...sebentar sahaja line itu lurus.Harinya? Jumaat.Waktunya? 10.37 am.Mmg sempat utk solat jenazah sebelum jumaat.Waktu ini airmata saya bercucuran seolah2 saya di sisi Pak Hamka, merasakan kasihsayang Allah kepadanya.Menjemputnya pulang di waktu yang cukup baik.Raja segala hari.Sungguh rapi susunan Allah Taala! Inilah ulema yang menjaga agamaNya.Gosh...mmg menginsafkan.Jalan hidup yg berduri mempertahankan iman dan syahadah.

I read this after watching Tenggelamnya kapal van de Wijck di Istana Budaya with my MSL students.The portrayal of Zainuddin was fair.Terasa seperti dia Hamka yang muda.Adakah benar ada seorang Hayati wujud di dalam hidup Hamka yang muda? Every man would have a Hayati in his life.Every woman a Zainuddin in her life.While that story connects with the ethnic and maybe class discrimination in Dutch Indonesia, I find angle kisah cinta ini terlalu ditekankan.Or am I missing something having NOT read the novel sepenuhnya? I would have wanted to see more of Dutch imperialism in collision with Indonesian nationalism. Mungkin ini novel bakal saya tulis satu hari nanti.

Peristiwa kedua ialah selepas membaca buku Anwar Ibrahim: Jejak Seorang Pejuang (Tokoh 100 paling berpengaruh di dunia). Banyak tulisan teman dan sarjana luarnegara mengenai AI sejak beliau di MCKK sehingga ke UM sehingga menjadi no.2 negara. Terlalu byk sumbangan beliau terhadap org Melayu/Muslim miskin since the 1960s sehingga beliau dipenjara buat pertama kali di Sg Buloh..islah islamiah itu tetap berlaku..antaranya memulakan solat jumaat di penjara untuk banduan.
I cried bila baca pasal Mufti Wilayah Dato Hashim Yahya (aruah now) hendak sgt berjumpa AI sampai buat solat hajat.Besoknya terus dapat jawaban dari Allah di mana dia dijemput oleh khatib Jumaat akan dtg utk solat di masjid di penjara.Sempat beliau bertemu dgn AI.Mereka berpelukan.Sat tu dtg berlari2 seorg banduan dari Bangladesh.Dia hadiahkan kupiah yg beliau buat sendiri utk AI.AI terus pakai sambil ucap terima kasih.Tapi hamba Allah tu perasan kupiah tu kecik sedikit and told him nanti dia buat besar sikit.

Semasa ingin berpisah, Mufti dan AI berpelukan lagi.Airmata Mufti bergelinangan tetapi AI tetap tenang dan tersenyum.Kata Mufti kpd Khatib...kalau bkn Anwar yg diuji sebegini rupa, tiada siapa yang tahan.Begitu kekuatan dalaman seorang pejuang yang tahu ke mana ia akan berakhir akhirnya.


2 comments:

ubuntu_linux said...

prof tulis pasal AI tu pun dah sedih :(

Faridah said...

Ubuntu: orang yang ada mata ketiga je boleh merasai kesedihan itu.Tahniah..mata anda ada 3! :))