Thursday, April 18, 2019

Satu petanda: Nantian Saka 2

Lebihkurang setahun lalu di waktu sebegini, saya mendapat rasa sebenarnya muyang saya Nantian Saka telah meninggal di dalam Perang Paderi. https://i-glass.blogspot.com/2018/04/nantian-saka.html
Tetapi saya masih berharap untuk mengesan apa jua sejarah tentangnya.

Di dalam kekalutan team penyelidik kami ingin menyudahkan penyelidikan tentang Rao di Tanah Melayu (iya, agak lama saya tidak bercerita tentang hal ini..basically kerana hambatan masa, perubahan hidup saya dan terkini, perginya seorang teman dan juga ketua penyelidik kami aruah Dr Wan Suhana yang meninggal dunia lebihkurang 3 minggu lalu..segala-galanya came to a halt for some time tetapi kami harus meneruskan pejuangan yang belum selesai ini)..ya di dalam kembalinya saya ke pangkuan research ini (ada 2 papers dan novel yang tersekat itu yang perlu saya kerjakan), saya terjumpa lagi satu makalah mengenai adik beradik Nantian Saka yang berhijrah hampir 180 tahun lalu ke Tanah Melayu  (sekitar 1839). Saya masih berharap akan ada terselit namanya di celah-celah nama yang banyak itu. Saya bagai ayam tanpa kepala, lari ke sana..lari ke sini tercari-cari sehingga akhirnya saya tewas kepada realiti dan saya menangis terisak-isak di depan laptop saya ini...Muyang memang dah mati. Dia mati menentang Belanda dan mati mempertahankan Islam. SubhanaAllah..bayangkan pengorbanan itu. Dan bayangkan juga bagaimana keluarganya yang lain pergi berhijrah..bukan untuk mengelakkan maut kerana ajal itu di mana-mana tetapi menyelamatkan apa juga aqidah yang boleh diselamatkan agar tidak mati kufur.Inilah yang saya pilukan.

Because...we take things for granted. Islam yang kita terima sudah terletak. Sudah tidak dicabar. Siapa lagi yang akan bercakap for it sebab makin ramai dari kalangan kita yang menghasut untuk kufur..hijab itu menindas, hijab itu old fashioned, tutup aurat itu kolot.

Semoga kita semua selamat. Alfatihah untuk para syuhada. Al fatihah untuk Nantian Saka.

No comments: