Mak I bilang I lagi banyak tak puasa dari dia! (she will not puasa on days she does her dialysis which is 3 kali seminggu). Sudah tentu nyata dia exaggerates, kan? :))
Anyway, Z pun tak puasa lagi hari ni.Ahhh...we will miss our lailatulqada but hopefully jumpa dalam kami berbuat baik dgn orang2 yang berpuasa.We should start puasa balik besok. :))
Hari ni we went to dine with my friend's daughter from New Zealand.She brought another friend (also from NZ but they are both migrating to Australia).Kita makan Japanese at Shangri-la.Mula2 depa ajak I pi makan kat KL Tower...malas..tak sedap dan mahal although Nik kata Shang lagi mahal.Anyway tak kisah..we have money to spend (Najib bagi RM500 extra, remember? Haha)
Budak2 ni cerita how depa balik kampong mak dia kat Belawai, 3 jam naik bot dari Kuching.Betul2 kampong...kata Natalie yang first time pi tempat2 gitu..ayam berkokok all hours..dia tak leh nak tidur.Pelik pulak ayam Belawai ni..biasanya ayam cuma berkokok bila dah Subuh...ni malam2 pun dia berkokok.Apa kena??
Sarinah ni maknya org Sarawak, bapak org putih NZ so dia tak tau cakap apa2 local pun kecuali "makan" dan "panas" tapi sejak akhir2 ni kerap juga dia balik ke kampong maknya.Very decent personality.
I ni rasa loya lepas makan pregnant fish kat restaurant Jepun ni.My daughterlah kata sedap (kawan dia recommended).Ikan kecik yang bunting dgn telor.Hiss...
Semoga hari-hari terakhir Ramadan membawa bahagia.
6 comments:
Salam dr,
shishamo(pregnant fish) tu sedap i pun suka hehe.. sepanjang perut dia ada telur kan, bila gigit telur kecik2 tu bunyi kritt kritt kritt...hehe
Tinggal berapa hari saja lagi ramadhan, semoga kita beroleh keberketan dariNya.
Lady: I dah agak..mesti you tau ikan bunting ni...hahaha..I tak sukalah.Takut telur ikan tu toksid..makan loya...(masa kat Jepun, ikan mantah pun I makan no hal..but not this one)
Anyway, selamat menyambut raya nan mulia.Semalam my gal and I dah menerai (try) baju raya dengan tudung from ariani (mahal nak giler..told my gal, lain kali kita pi Jalan TAR je beli tudung..janji tutup aurat)
Tahun ni kita nak buat rendang sendiri.Harap2 menjadi.Tolonglah kasi tips (dan resipinya sekali).I pun akan marinate daging satay sendiri.Sila perturunkan petua you. :))
Dr,
Wow ariani cantik tu. tak pa lah setahun sekali nak bergaya di pagi raya kan.. i bought anak tudung syria ke apa ntah, some call it tudung abu dhabi.. anak dia 15 ringgit saja dekat ampang point nak try wear it dengan selendang. Shopping dekat ampang point or ampang park best jugak, nostalgic sebab tempat lama kan.
Baju kurung i beli dekat pasar taman tun dr ismail haha. memang jual dalam pasar tapi baju kurung cotton voile dia lawwwa.. lagi satu branch dia ada dekat putra heights. Semua baju depa buat kurung riau yang kembang bawah tu, rasa nostalgic jugak pakai baju kurung cotton macam tu, sambil dengar lagu s.jibeng sambil duduk ditepi tingkap rumah kayu lama kat melaka nun. hihi.
Alamak Dr, my rendang is the very basic one yang bahan2nya halia, lengkuas, kunyit hidup, serai, bawang merah dan putih, cili boh, cili padi, daun kunyit, santan and kerisek.
sate pulak belum pernah buat yang jenis cucuk2, selalunya buat sate goreng saja. tumbuk ketumbar, jintan manis, serai, lengkuas, halia, bawang putih dan merah, garam dan gula kemudian perap dengan daging yang dipotong kecik beberapa jam(lagi lama lagi bagus). Panaskan minyak skit dan masak daging perap tadi dengan api slow.
Dr raya balik mana tahun ni? I ll be in Malacca kampung suami, tak ada lah ketupat palas macam di Perlis. Kat Malacca makan nasi impit dengan sate goreng, kuah kacang, kuah lodeh, rendang and my mother in law punya specialty, sambal sotong kering with petai.
Lady: bila ingat makan, tak sabar nak raya...thks for reminding me kena ada lengkuas nak marinate satay tu.
I raya with my mom in law here but may rush back to Raub 1st day cos' my mother nak balik kejap ke rumah dia pada petang Khamis.Mlm Jumaat tu (ie on 1st day raya belah malam)she has to rush bck to KL cos'on 2nd day raya kena buat her dialysis.So mungkin we just wait for her on 2nd day raya here.Kampong is where my mother is now.It's a person no longer a place.
3rd day kita semua (but not my mom) pi holiday for a few days.Nanti I blog, insyaAllah.
Bestnya nak pergi holiday, good idea jugak holiday after raya tu boleh relax skit kan.. as for us, yang sorang kampung di utara dan sorang di selatan ni jenuh jugak la, last year i still remember letih sangat travelling..
Enjoy the long break and semoga semua berjalan lancar insyaAllah.
Lady: Thanks.Hope my mom will be fine and that there won't be any high drama while we are away.
Post a Comment