A good friend of mine rang pretty late and asked if I wish to join a zikir group from Australia. It's part of our healing process.I jumped at the invitation and took Mek and Mak with me (tak jadi keluar dinner at Rebung ke Mebung kaa..Top Hat kaa Mop Hat kaa).
2 Arab sheikhs (they just came back from Canada) and pembantu Australians mereka chanted some zikirs on me and my friends (we were asked to hold hands).100 kali (panjang zikirnya).I was so bored...so nampak special edition buku kawin William and Kate..I was flicking through the glossy pages and admiring quietly some of the baju the guests wore..then tiba2 one of the Aussie guys tutup mag tu dgn tikar semayang...kantoi! (the rest laughed AT me) Haiyo!
But you haven't heard enough...My friend was the host..she was asked if she had olive oil sebab nanti olive oil tu kena minum and sapu kat badan at least once a day.My friend pi ambik olive oil yang orang guna utk berasmara! Haha.I could not help laughing (my fren ni single mom..jenis yang innocent).I told her...yang ini tak boleh minum.People use this for dot dot dot.The lady from Germany laughed the loudest! The guys were still doing their zikir.The women could not sit still.
Oh what a night! I love my friends.Kita ni tak sihat but we are happy. :))
We'll have another meeting at my house before those guys balik semula ke Sydney.Mek kata my healers very da international.
9 comments:
yes prof, very international :)
Prof, untuk apa majlis zikir tu? Prof join tarekat ka? :)
Ubuntu: bila dah desperate..orang cakap apa pun, join.Tapi group ni tak main jin.
Rizal: majlis zikir untuk berubat.Diaorang ni datang seminggu hingga ke sebulan bantu org yang memerlukan.Dia tak ambik duit pun.Datang pun belanja sendiri tapi dgn izin Allah, cukup pulak duit depa nak terbang sana sini mengubat orang.Tu baru balik dari Canada.Sheikh tu cerita ada sorang lady yang akan lumpuh 6 bulan setiap tahun but 6 bulan lagi mcm biasa.dah puas dia pi doctor...bila dizikirkan, dgn izin Allah pulih.Jin dalam badan...semalam tu gamaknya jin I suka nak tengok buku kawin William and Kate masa org sibuk berzikir..lepas tu kan...I jadi mengantuk satu macam...
Semua orang ada jinnya tersendiri atau disebut "qarin". Yang biasanya mengganggu atau buat kita was-was dalam melakukan ibadah atau apa juga amalan kebaikan. Agaknya, point2 yang Prof beri during interview session last time were given by yourself originally or your qarin ye Prof? :)
Rizal: ya..dan saya pun tertanya2 yang datang interbiu tu Rizal sendiri atau qarin Rizal.Wakaka.
Yang baik datang dari Allah, yang jahat tu dari setan atau nafsu kita sendiri.Apa amalannya utk hapuskan si Qarin ni, Tuan Sheikh?
Ehem...haaa...kena sibijik dah dengan Prof....ehehe.
Rasulullah SAW juga ada qarin, tetapi qarin Rasulullah sahaja yang satu-satunya diciptakan berkelakuan baik.
Prof, tiada cara untuk menghapuskan qarin ni, kita hanya mampu untuk mengawalnya sahaja atau melawannya agar dia kalah, dan kebaikan berjaya kita lakukan.
Satu-satunya cara mengawal qarin ialah dengan berzikir. Bila seseorang itu selalu ingat Allah dengan berzikir, maka orang itu tidak akan pernah lalai. Bila tak lalai, maka tak ada peluang la si qarin ni nak mencelah.
Contoh paling mudah, ketika kita rasa marah, inilah saat keemasan bagi qarin. Bila rasa marah, suami boleh cerai isteri, kawan boleh bunuh kawan, sahabat boleh maki sahabat, guru boleh failed kan pelajar dan lain-lain. Maka pesan Rasulullah SAW ialah agar kita berzikir dengan membaca ta'awwuz atau isti'azah ketika marah. Lafaznya: (أعوذ بالله من الشيطان الرجيم)
Perkara ini dijelaskan di dalam al-Qur’an melalui firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-A‘raf, ayat 200)
Rasulullah SAW juga bersabda yang mafhumnya:
“Sesungguhnya aku akan ajarkan satu kalimah yang kalau diucapkan, akan hilang apa yang ada padanya (marah). Iaitu sekiranya dia mengucapkan: Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam (أعوذ بالله من الشيطان الرجيم).” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Wa Allahu a'lam. :)
Sekadar perkongsian saya.
Tuan Sheikh Rizal: Terima kasih.Dengan ini saya dengan rasmi melantik Tuan Sheikh sebagai Sheikh tetap blog ini.Para pembaca boleh tanya apa2 kemusykilan agama kpd Sheikh kita. :))
Tapi Tuan Sheikh apa ke pasal asyik narrow down nafsu kepada sifat marah je? Banyak nafsu lain apa.Macamana pulak nak lawan nafsu2 itu.Zikir apa pula? My kiai kata baca je selawat byk2 dan nama2 Allah yang lain.Ini akan cleanse our soul.Nanti nak blog pasal zikir evening at my home semalam.
Ehemmm...saya belum layak lagi dapat gelaran "syeikh" tu Prof. :p
Tentang marah tu, hanya sebagai contoh sebab marah itu antara punca kejahatan. Marah adalah senjata paling ampuh yang digunakan oleh syaitan (termasuk qarin) untuk melalaikan manusia dan memasukkan manusia dalam lembah kesesatan.
Justeru, setiap individu Muslim harus sedar, jika kita gagal mengawal kemarahan dalam diri, ini bererti kita dah tewas dengan tipu muslihat syaitan. Menjauhi sifat marah ini merupakan antara nasihat peninggalan Rasulullah SAW.
Perkara ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah, bahawa ada seorang lelaki (Abu Darda’) telah berkata kepada Rasulullah SAW:
أوصني، قال: "لا تغضب"، فردد مرارًا، قال: "لا تغضب".
Maksudnya: “Berikanlah aku nasihat,”. Baginda SAW bersabda: “Jangan marah”. Maka orang itu mengulangi permintaannya beberapa kali, Nabi menjawab: “Jangan marah (diulang beberapa kali).” (Hadis riwayat Bukhari)
Tentang zikir pula, memang betul Prof, semua masalah hati & gangguan syaitan boleh ditangkis dengan zikir. Zikir ini maknanya umum. Zikir dalam pengertian asalnya ialah "mengingati Allah".
Bacaannya banyak, baca ta'awwuz ('auzubillahi mina syaitan al-rajim), selawat, tahmid (al-hamdulillah), takbir (Allahu akbar), tasbih (subhana Allah), hawqalah (la hawla wala quwwata illa billah), istighfar (astaghfirullah), dan macam2 lagi hatta baca ism zat (Allah) banyak2 kali juga adalah zikir. Semua ni boleh tundukkan nafsu dan jadi pendinding dari syaitan. Allah janji dalam al-Qur'an bahawa syaitan hanya mampu ganggu orang yang lalai. Kalau dah kita sentiasa ingat Allah (melalui zikir2 di atas), mana mungkin kita jadi lalai. So, inshaAllah kita akan jauh dari syaitan.
Bila kita selamat dari syaitan, maka hati kita akan jadi tenang tenteram, seronok nak beribadah.
Firman Allah SWT di dalam al-Qur’an yang maksudnya:
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah (mengingat Allah). Ketahuilah dengan zikrullah itu, hati menjadi tenang tenteram.” (Surah al-Ra‘d, ayat 28).
p/s: Saya akan beri satu naskhah buku pertama saya pada Prof Freda nanti, inshaAllah. Saya ada kupas isu marah ni. :)
Rizal: fantastico.I like.Terima kasih di atas info on jenis2 zikir.Bukan susah sgt nak buat, kan? I look fwd to getting your book on ANGERRRRRRRR. :)
Post a Comment