Beeplah saya sekiranya saya lupa nak kemaskinikan blog ini
Maklum sahaja saya ini hamba sahaya
Di sebuah negara yang merdeka
Beeplah saya
sekiranya saya terlupa
untuk menulis tentang apa saja
yang berlaku di sekitar kita
Semalam saya di Port Dickson
bersama teman-teman penulis nasional
saya tersepit di tengah-tengah bijak pandai Malaysia
yang datangnya dari merata-rata
dari Macang hingga ke Vienna
Hamburg tak kurang jua
ijazah yang berjela saya bawa dari New Zealand, England dan Australia (dah saya kata 'berjela')
tidak bererti apa-apa
saya bawa kisah Da Vinci Code mereka tanya mana kisah klasik lama-lama
saya kata belum sempat baca kerana saya sarjana 'muda'
eleh! mengada-ngada
tetapi beeplah saya
jika saya terlupa
membawa wacana yang lebih besar dan bermakna
untuk terus memerdekakan kita
Maklum sahaja saya ini hamba sahaya
Di sebuah negara yang merdeka
Beeplah saya
sekiranya saya terlupa
untuk menulis tentang apa saja
yang berlaku di sekitar kita
Semalam saya di Port Dickson
bersama teman-teman penulis nasional
saya tersepit di tengah-tengah bijak pandai Malaysia
yang datangnya dari merata-rata
dari Macang hingga ke Vienna
Hamburg tak kurang jua
ijazah yang berjela saya bawa dari New Zealand, England dan Australia (dah saya kata 'berjela')
tidak bererti apa-apa
saya bawa kisah Da Vinci Code mereka tanya mana kisah klasik lama-lama
saya kata belum sempat baca kerana saya sarjana 'muda'
eleh! mengada-ngada
tetapi beeplah saya
jika saya terlupa
membawa wacana yang lebih besar dan bermakna
untuk terus memerdekakan kita
12 comments:
Saya ingin rakamkan terima kasih saya kepada pemuisi yang saya hormati Kemala kerana telah menyoal soalan-soalan yang menyentuh arah tuju keintelektualan saya (jika ada) di seminar persuratan dan peradaban Melayu di Port Dickson baru-baru ini sehingga memberi inspirasi kepada tulisan 'beeplah saya' ini.
Puan faridah,
Saya juga ikut serta dalam sesi Puan Faridah di PD itu.
Terima kasih kerana sudi tanda tangan buku "The Art of Naming : A Muslim Woman's Journey", sewaktu saya temui Puan (masa itu bersama Kemala dll) di muka pintu sebaik sesi perbincangan tamat.
Saya mulai membaca puisi-puisi dalam buku tersebut.
Respons kpd saudara Darma telah saya beri di blognya.
Respons kpd Prof Kamil:
Semasa nama I-Glass itu terilham di kepala saya, langsung saya tidak tahu bahwa ia juga satu teknologi dan industri pesat terutama di luar negara www.iglass.co.uk/contents/frameset2.html
Saya kira obsessi saya akan gelas ini kerana sifatnya yang transparent, fragile, cantik (macam rekacipta industri i-glass) dan environment-friendly (recyclable).Saya harap blog saya boleh mewujudkan elemen-elemen di atas ini.Transparent kerana kejujuran kita memperkatakan sesuatu, fragile kita kerana kita faham penderitaan orang lain, cantik kita kerana akhlaq di dalam bersastera dan environment-friendly kita sebab kita berkarya di blog (tak rosakkan pokok2 kerana tak guna kertas!)
Tetapi kalau kerajaan dok monitor blog2 kita, hancus!
Sewaktu di PD menghadiri Seminar Persuratan dan Peradaban Nasional kelmarin, saya telah membeli tiga buah buku, termasuk buku Puan,"The Art of Naming".
Buku Puan sungguh menarik: kulitnya berwarna hijau lembut (juga kegemaran saya),bahasanya mudah,isinya pelbagai yang digali dari pengalaman puan semasa di luar negara, juga tentang kewanitaan dan keluarga. Dari sajak "Di hari kematian seorang lelaki gagah" saya mengetahui puan seorang yang gigih dan tidak mudah mengalah.
Teruslah menulis.Perjalanan kita masih jauh, begitu catatan puan pada naskhah saya. Terima kasih.
Saudara Wan,
Memang tidak saya duga saya akan bertemu dengan begitu ramai bijak-pandai Melayu di seminar PD itu.Usaha gigih anak2 muda PENA ini amat saya hargai.Saya suka persembahan malam pembukaan itu sebab tidak pernah mengetahui tentang tradisi kaya Negeri Sembilan: teromba,bongai,dll.Sempat saya ikuti bengkel teromba dan saya kira salah satu sebab anak2 muda kita tidak cekap berfikir secara kreatif/kritikal ialah kerana tradisi lisan ini tidak lagi menjadi sebahagian dari kehidupan kita.Wit and humour ini seringkali dikaitkan dgn pemikiran orang Melayu (lihat saja pantun2 dan seloka2 kita)
Bagaimanapun, terima kasih kerana sokongan Tuan terhadap buku saya.Jika Tuan ada di MPH Courtyard(Megamall) hari Sabtu ini 12hb Ogos pukul 2-3 petang,saya akan mengadakan satu sesi bacaan mengenai buku itu.saya juga akan membaca beberapa puisi pilihan bersama2 bekas anak murid saya, Deela dan Syeela (kembar)
Terima kasih Dr Faridah kerana telah berkunjung ke blog saya. Tak sangka kita bertemu semula. Saya juga telah membeli buku Dr 'The Art of Naming' dan sangat suka membacanya. Terdetik juga di hati untuk menulis seperti itu tentang pengalaman saya. Tetapi saya rasa I'm a late starter berbanding dengan penulis lain yang dah banyak pengalamannya. Mungkin boleh dapat tunjuk ajar dari Dr. Boleh ke? Terasa sungguh 'kecil' bila pergi seminar di PD tu di celah nama-nama besar dalam dunia sastera.
P/S: It's also interesting how you come up with "I-Glass".
Hi Shima,
Takpalah late starter pun (saya pun late juga)Yang penting kita terus menulis.Lambat laun akan keluar juga dalam bentuk terbitan satu hari nanti.Peminat dah ramai menunggu tu (esp your students)
Seperti saya katakan di PD, mungkin Shima yang akan mengajar saya nanti sebab lebih pendedahan tunjuk-ajar dari penulis2 ternama. :)
Yang saya ingat pesan seorang penulis terkemuka: menulislah dari hati.
Dr. Faridah,
Saya suka puisi ini. Sangat jujur. Tetapi tidak menggadai nilai estetika.
ikhlas,
Nisah Haron
Hi Nisah,
Mula2 nak tulis artikel biasa tetapi pergerakan jari di luar kawalan.'Beeplah saya' jadi puisi! Agak menakutkan juga pengalaman begini.Novelis Singapura Suchen Lim pernah berkata biasanya beliau mendapat gambaran watak-watak di dalam novelnya lama sebelum novel itu ditulis (macam vision budak lelaki berambut tocang di kurun 18 di dalam imaginasinya sebelum novel beliau A bit of Earth ditulis).Gamaknya betul lah kata orang kita tidak memilih untuk menulis tetapi tulisan memilih kita untuk menulis.
the definition is really great! now i know what behind i-glass!
Hello Boy, how do you design your web cantik menarik tertarik kau memang da bomb? macamana boleh keluar lagu2 tu? Can blogspot accommodate b/ground music? Best lah.And those images on your blog.Da bomb! Tolong ajar sikit!
dengan izin Allah, nanti sy ceritalah macam mana nak buat semua macam tu, da bomb ke? tak pernah orang ckp macam itu lagi. Thanks aa.
Post a Comment