Ini kali kedua saya menulis entri Women's Summit ini.Yang mula2 ter-delete ke hapa ke.
Kita bermula dari awal:
Summit 2006 yang ke 4 diadakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara. Tahun ini fungsinya mungkin sebahagian dari kempen pilihanraya! Tak kisahlah.Andainya ia kempen, ia telah berjaya! Saya suka hati sangat menghadiri konvensyen semua wanita ini.Bukan apa, mana ada di konvensyen2 biasa, kami boleh berborak kuat2 di waktu makan tengahari pasal pengalaman dan trauma kami bersalin, menyusukan anak dan lain2? Lucu sungguh bila mengenangkan kebiulan kami sebagai ibu2 muda. Kata seorang wanita saintis Melayu di meja itu..cara membanyakkan air susu ialah meletakkan daun kobis di badan! Lucunya! Tak pernah saya dengar petua ni.Kobis ni sayur negeri2 sejuk! (Nyata yang bercakap tu dibesarkan di kota dan luarnegara.Tapi beliau cukup penyantun orangnya.Fasih bahasa melayunya.Berpuasa di bulan Rejab pula!)
Woon, ahli korporat yang berhenti kerja sebab nak jaga bayi pertamanya menceritakan bagaimana pam elektriknya gagal mengeluarkan minuman susu utk anak tapi saya tak dapat ceritakan apa Woon buat sebagai alternatif tetapi saya hampir tercekik ketawa mendengar satu lagi kisah lucu! Tengahari tu memang puas kami bercerita sebagai wanita.
Yang paling menyentuh dan memberi inspirasi ialah cerita Diane Rose menrealisasikan impiannya menjaga tradisi dan warisan budaya Melanau di Mukah.Tanpa bantuan bank dan kerajaan di peringkat awal (ditolak mentah2), beliau berjaya menyakinkan seisi kampung (dari anak2 muda hingga ke orang tua) menyayangi dan menjaga budaya Melanau dgn pembinaan Lamin Dananya.Lamin Dana was featured in Lonely Planet dan Diane telah memberi peluang pekerjaan kpd anak2 kampung dan org2 tua dan wanita melalui kegiatan2 pelancungan : tukang2 urut, tukang buat bakul, budak2 yang buat part time menari dan bermain musik tradisional..semua dapat habuan dari projek rumah kampung Diane ini.
Dunia luar melutut kepada kampung yang begitu terpinggir itu.Diane akan wajibkan pelancung bawa buku ke kampungnya dan baca kpd anak2 Mukah! Kalau dulu budak2 tak berbaju itu berkelebang tak tentu arah..sekarang mereka semua ada peranan di dalam masyarakat.Mereka belajar buka business sendiri (jual burger Melanau) di samping menjadi duta kpd budaya mereka.Sudah pasti takda budaya lepak atau dadah di sini sebab budak2 ini mempunyai self-esteem yang kukuh.
Kata Diane: asal saya tak punya apa2.Saya cuma seorang anak kampung yang suka bermimpi. Saya tak punya kawan yang ada kuasa.Atau harta benda yang lain.Cuma sebuah mimpi untuk membina Lamin Dana.
Saya harap graduan2 kita akan ambik ikhtibar.Jgn kita bermimpi nak jadi hamba orang lain (lepas graduate, tunggu nak kerja dgn orang dan selagi tak dapat kerja di sebelah rumah, kita tunggu kasi tambah angka pengangguran).Kerja banyak dan ada di mana2. Kita kena kreatif sahaja dan tabah mencuba dari bawah.Diane bukan je buat dunianya sendiri..dia juga buka peluang pekerjaan kpd mereka yang memerlukan.

1 comment:
Budak2 saya set up company mereka sendiri dan buat hampir RM17,000 dalam masa 2 bulan! Baru tahun 3 dan 4.Saya sungguh bangga mereka ni panjang akalnya.Di dalam kelas MSL hari ini,dua darinya tidak dapat keluar dari watak lakunan mereka di dalam 12 Angry Men yang mereka pentaskan di Istana Budaya (panggung eksperimental).
Dalam kelas hari ni nampak macamana theatre boleh bantu mereka menjadi confident and good communicators.They can sell ice to the Eskimoes kalau mereka terus begini! :))
Post a Comment