Hari ini Prof Dato Shamsul Amri datang beri syarahan tentang Malay and Malayness.Saya lebih suka beliau sebagai budak band Juara Kugiran RTM dalam tahun 70an dulu. Dia dan ATMA buat saya rasa seperti bahan makmal...atau seperti red-indian dari kawasan reservation..jadi bahan kajian...
Siapakah orang Melayu hari ini? Saya rasa semuanya bergantung kepada 'state of mind' kita.Kalau kita rasa dan fikir kita Melayu, maka Melayulah kita.Jika tidak, tidaklah.Saya rasa peratus orang Melayu malu menjadi Melayu adalah tinggi. Kita kena kaji apa yang menyebabkan kita begini.
Saya sedang mencari bahan mengenai orang-orang Rawa.Jika sesiapa boleh tolong saya, sila emel secepat mungkin.Kata Prof Khoo Kay Kim mereka ini ramai di Gopeng dan Negeri Sembilan.Terkenal dengan ilmu hitam mereka.Ayo yo! Yang saya terbaca dalam JMBRAS ialah mereka ini seafaring people, sukakan emas. Juga saya dengar mereka ini dari kalangan raja-raja. Saya mahu dengar lagi.Tolong emel.
Siapakah orang Melayu hari ini? Saya rasa semuanya bergantung kepada 'state of mind' kita.Kalau kita rasa dan fikir kita Melayu, maka Melayulah kita.Jika tidak, tidaklah.Saya rasa peratus orang Melayu malu menjadi Melayu adalah tinggi. Kita kena kaji apa yang menyebabkan kita begini.
Saya sedang mencari bahan mengenai orang-orang Rawa.Jika sesiapa boleh tolong saya, sila emel secepat mungkin.Kata Prof Khoo Kay Kim mereka ini ramai di Gopeng dan Negeri Sembilan.Terkenal dengan ilmu hitam mereka.Ayo yo! Yang saya terbaca dalam JMBRAS ialah mereka ini seafaring people, sukakan emas. Juga saya dengar mereka ini dari kalangan raja-raja. Saya mahu dengar lagi.Tolong emel.
23 comments:
Puan,
Persoalan ini melibatkan jasad dan batin. Jasad orang Melayu tetaplah Melayu. Batinnya boleh saja berubah itu-ini-itu-ini.
Pada sayalah.....
i hv some fren who refused to be malays, dunno what on their mind but as far as hv seen and concern malays that growing up with me, most of them is a spoon-feds generation! dont care about something else until it hit on their heads. not to blame anyone but my generation is a experiment specimens for various educations scheme, i am the 1st KBSMer. a lots of us did make it to the skies. now a days maybe we change the term to tube-feds! this is results of my braincells, not any one else so if it worthless to be on the threads feel free to delete! having a lots of fun reading ur words!
Ramai di kalangan kita tidak lagi 'Melayu' gara-gara pengaruh media massa yang semakin hebat menular. Mungkin impaknya agak kurang kepada golongan dewasa, tapi yang dirisaukan golongan remaja yang akan menjadi tunjang dan nadi jatuh-bangunnya bangsa di masa-masa akan datang.
Saban hari, kita lebih banyak disogokkan agenda-agenda luar, terutamanya di media massa. Masalahnya pula, kita terus kekurangan bahan tempatan kita sendiri yang boleh membantu menyemarak semula sentimen-sentimen ketimuran.
yah ok...tapi jasad lah yang paling senang diubah juga, Sdr Darma.Batin lagi lah senang sebab kita tak nampak (macam semut di batu yang hitam)Hari ini kalau org melayu warnakan rambutnya perang dan ubah hidungnya mancung dan bleach-kan kulitnya putih macam Michael Jackson, bolehkah kita kenal lagi siapa dia? Susah! Apatah lagi kalau dia anak kacukan.Jadi saya fikir semuanya a state of mind...kalau kita kulit putih tapi jiwa Melayu (macam Ungku Aziz? atau isterinya Azah Aziz)maka lengkaplah kemelayuannya.
Boy..it's OK.Write as you please (awak tau tak cakap Melayu? I still cannot figure out who you are.Rasa2 macam Shukri yang tolong d/load cover buku saya dalam blog ni dulu)
Nashe, your Malay is improving.Banyak baca suratkhabar ke? :)) Saya setuju..memang kita kurang bahan bacaan yang berkualiti dalam Bahasa Melayu.Kalau dalam dunia akademik, Bahasa Melayu ni takda nilai untuk kenaikan pangkat sebab mereka ukur kesarjanaan kita melalui banyak mana makalah kita terbit di jurnal2 luarnegeri.Akhirnya kera di hutan disusukan, anak sendiri kelaparan.Orang kita tak da bacaan berilmu, kera kat luar terlebih2 pulak ilmunya! (kita bagi free maklumat penyelidikan kita yang dibiayai kerajaan Malaysia)
Merdeka?
bukan tak nak tulis dlm bahasa melayu, tapi kan sy comment page seseorang yg master in english so sy cuba la my english skill dan tengoklah kl dlm bahasa melayu kekadang tu terlampau singkat dan maksudnya tak sampai, bukan nk condemn bahasa melayu tapi sy ni tau nk convey dlm bahasa english but in bahasa tak jumpa perkataan yg betul. macam berlagak la pulak, tapi itu lah. dari kecik tengok kartun jer, bagus jugak untuk belajar bahasa english. lagi satu sy ni pandai tulis je, nak cakap tu banyak jugaklah pause sana-sini, kurang amali rasanya.
Salam.
Alangkah gembiranya saya membaca blog pensyarah UIA dalam Bahasa Melayu! Entahkan sempat mengajar saya semasa di Main Campus PJ!
Warga UIA sepatutnya mainkan peranan lebih besar untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Di UIA, Bahasa Inggeris bukan lambang status. Ianya satu keperluan.
Itu yang perlu diubah. Bahasa hanya alat. Orang Melayu sepatutnya mempelajari bahasa sebanyak mungkin, bukan sahaja Inggeris, tetapi Bahasa Arab, Peranchis Parsi dll.
Saudara Jiwa,
Bukan Khaled Jiwa? :)
Blog ini dwibahasa dan saya memang setuju sebagai org Muslim, kita mesti pergi lebih jauh dari 2-3 bahasa utk terus menimba ilmu.Saya dah cuba B.Jepun,Arab,Parsi, Jerman dan Spanish tetapi macam bebal...susah nak ingat! Saya kira situasi itu perlu dan macam matematik, perlu sentiasa diamalkan.Practice makes perfect.
Sukar nak agak sama ada saya sempat mengajar saudara sebab gambar tak terang dan nama pun Jiwa Rasa.Tetapi saya mengajar di Matric tak lama dan sekejap sangat di Matric Centre PJ (saya bermula di Matric Subang Jaya akhir 80an dan bila mereka pindah ke Lembah Pantai,saya sempat ajar beberapa semesters sebelum pergi ke UK dan kemudian ke Australia)
Apa awak buat di Utara?
Puan Faridah,
Ramai tersesat di blog saya mencari Datuk Khalid Jiwa. :)
Saya di Matrik Subang Jaya tahun 88/90. Asrama depan panggung wayang!
Pensyarah yang saya masih ingat nama, Bro Najmi & Puan Fatimah.
Saya di UIA zaman susah. Main Campus di PJ. Tak sempat di Gombak. :)
Eh..kalau begitu mungkin saya ini guru kamu (sila beri tabik di raja!)sebab saya masuk Matric Subang Jaya tahun 1989.UIA masih di zaman susah.Duit tidak pernah cukup untuk mendapatkan pensyarah world class!Bro Najmi dan Mdm Fatimah senior saya tetapi keduanya telah mencari rezeki di tempat lain.Fatimah di UNITEN tidak silap.Najmi di mana2.Mula2 di Unisel.Lepas tu dia buat company dia sendiri.Saya pun dah lama tak jumpa dia.Kali terakhir di IIUM Gombak some 2-3 years ago sebab dia beri training somewhere at IIUM.Kedua2 mereka sgt saya hormati sebagai guru dan teman.What discipline were you?
Graduates IIUM ramai yang cemerlang.One of my students will be going to Cambridge for her Master's this Sept. Dari Kulliyyah lain mereka di Harvard dan Oxford.Kita bangga!
Yang jadi kutu pun ramai...tapi biarlah kita focus pada yang baik2 sahaja. :)
Dr Faridah,
Nostalgik betul! Banyak memori di Matrik Subang Jaya, semasa arwah Prof Mahmud Saedon jadi Pengarah.
Saya mesti tabik kalau jumpa.. :) Minta maaf, mungkin ingatan saya sudah berkurang, sehingga pensyarah sendiri pun saya boleh lupa!
Ramai English lecturer yang saya boleh bayangkan wajah tetapi tak ingat nama. Ada seorang British lecturer.... ada seorang lagi Indian yang pernah kerja di Myanmar... argggg... lupa..
Saya pernah jumpa Puan Fatimah.. few years back masa dia di Uniten.
Saya dulu Matrik Ekonomi, keluar dengan BAcc. Satu kelas dgn pensyarah Dr Hafiz Majdi. :)
Eh. cukuplah. habis nanti rahsia saya terbongkar di sini.. :)
British lecturer ramai di Matric waktu itu.Macam2 ada.Ada yang Islam, ada yang tidak.Ada yang nak masuk Islam tapi tak masuk2 juga.Yang Mynmar tu Bro. Salim Khan.Dia di CELPAD main campus (Gombak) sekarang.Yang British yang tinggal adalah Dr Adrian Hare.Dia di Jabatan saya.Ya, rata2 pelajar kita tak mau tinggalkan IIUM even though it's time for them to spread their wings.They keep coming back! Macam second home mereka sebab environment kekeluargaan di sini.Semalam bekas pelajar saya datang sempena Convonya tahun ini.Dia pegawai PTD di Putrajaya sekarang.Katanya IIUM graduates laku macam goreng pisang.Belum Convo dah kena sambar.Saya fikir sebab mereka ni all rounder.Jadi Imam pun boleh..cakap omputih pun boleh.Melayu pun OK dan yang penting, mereka independent (kerja tanpa supervision) dan bersopan santun.Yalah..ada la 2-3 orang yang tak menjadi...tapi mana yang menjadi tu,menjadi betul! (iklan UIA)
Salaam Dr,
Cuba link ni http://www.jaro.com.my/. Saya sendiri dari Raub, tapi membesar di KL dan sekarang di Dubai.
Topik melayu Rawa terbit selepas perbualan dengan teman-teman ketika menjamu selera di rumah terbuka.
Salam Affandy,
Saya ingin ucapkan terima kasih di atas link Rawa yang telah diberikan kpd saya.Baru buat ke link ni? Kita patut tambah maklumat apa yang kita tahu.Memang cita2 saya nak bukukan tentang suku kaum ini tapi bukanlah kerana saya 'racist'.Ia adalah sejarah dan sejarah adalah sebahagian dari identiti kita.
Semasa saya terserempak dgn bekas Menteri Besar Pahang beberapa tahun lalu (Dato Rahim Bakar, bila saya kata saya dari Raub, terus dia kata "awak mesti Rawa!" Saya pelik macamana dia tahu.Mungkin puak2 Rawa ni banyak di Raub dan Lipis (Lipis pusat di Raja sebelum Pekan) Saya tahu Datuk Moyang saya orang kuat istana Lipis sehingga mendapat gelaran Menteri Hassan,juga seorang ulama yang dihormati ramai.Ini adalah sejarah lisan.Kesohihannya hanya Allah yang mengetahui.Saya harap awak terus menulis dalam website awak.
Saudara Musafir,
Saya harap saudara tidak berputus asa.Memang di dalam mana2 perjuangan kita biasanya bersendirian.Tetapi jika nawaitunya benar, Allah sentiasa di sisi kita.
Kami akan tunggu posting2 menarik yang lain di blog saudara.Yang penting isu, bukan personalitinya.Jadi biarkan diri saudara jadi labah2 dan blog itu sarangnya..rumah diruntuh dibina semula w/pun apa yang terjadi.
saya sendiri dari KL,dan sekarang di-Holland.Topik Melayu Rawa,Abah saya orang Rawa Gunung Mesah. Saudara mara banyak lagi di-sana.....
Iya? Sungguh menarik.Menurut saudara Rawa saya yang seorang lagi tu, kami asalnya dari Kepulauan Nias tetapi moyang (tak tau berapa lapis moyang dah... tapi kurun ke 17 tak silap..mungkin 8-9 generasi lalu?) kami telah ditipu oleh penjajah Belanda yang ingin menguasai kepulauan itu. Satu hari dia telah menipu moyang kami (pemerintah ketika itu..saya tak pasti pangkat sultan ke tidak)dan memberitahunya hendak berbincang di dalam kapal di tengah laut.Sampai di sana, moyang telah diracun oleh penjajah durjana dari Belanda tempat awak tinggal sekarang nilah! Hulubalang2 yang setia sempat diarahkan ke istana dan menyuruh anak2 itu lari ke Tanah Melayu...mereka itu ramai beradik..ada yang tersangkut di Perak, Selangor,Negeri Sembilan..adik yang tersangkut di Pahang itu adalah keluarga kami.Yang tersangkut di Pahang tidak mengekalkan gelaran raja mereka sebab takut dikejar Belanda.Mereka cuma jadi pembesar negeri.Mengikut cerita lisannyalah.Sekiranya ini satu penulisan sejarah kreatif, ianya sangat hebat. Ha ha.Cerita2 lama macam ni susah nak prove betui ke tidak.Yang penting kita semua hidup sebagai org mukmin/mukminah yang baik, bukan?
Faridah,
Ya.www.jaro.com.my baru saja dilahirkan iaitu selepas perhimpunan besar anak-anak Melayu keturunan Rao di Raub pd tahun lepas. Beberapa orang dari Rao pun hadir. Yg menjadi penggerak perhimpunan ini ialah Tengku Mustapha, bekas speaker Dewan Negeri Pahang. Beliau tinggal di Kg. Pintu Padang, Raub, Pahang. Antara lain2 yang terlibat dengan JARO (Jalinan Anak Rao) adalah bekas KSN Tan Sri Sallehuddin yg juga dari Raub. Sepatutnya satu lagi perhimpunan nak diadakan di Gopeng pd November lalu.Tapi tak jadi.
Memang orang keturunan Rao banyak terdapat di Gopeng & Raub . Saya juga sedang cuba mengemaskan "family tree" saya yg berasal dari Rao. Berpandukan maklumat dari JARO dan saudara mara, saya sudah mengesan sampai ke generasi ke lapan saya di Tanjung Alai, Rao. Tapi saya pun tak tahu samada ianya benar-benar tepat. Saya juga ingin tahu kalau ada dokomen2 yg sahih mengenai keturunan Rao ini dimana2.
AC, terima kasih kerana singgah di sini dan berkongsi perkembangan Rawa anda.Saya akan cuba cari di Lib Kroch kat Cornell ini (salah satu library Asia Tenggara terbesar di dunia).Mudah2an kita jumpa sesuatu.Kalau ada kesempatan pergi la tanya sahabat baik anda Saudara Shamsul Amri dari UKM.Dia mungkin bagi leads.Jgn lupa update di blog anda apa2 dev.Kita semua mencari.Nanti jumpa Nabi Adam!
AC, ini feedback dari sahabat saya:
Rawa - Rao daerahnya dekat dengan Minangkabau. saya tak pernah sampai di sana,
tapi dekat sangat dengan Padang.
di Malaysia katanya ada di Selama Perak, dan di PPinang
keluarga Rawa terkenal ialah penerbit Hj Abdullah a-Rawa,
dan keturunannya ialah Yusof Rawa yang terkenal sebagai pemimpin
PAS - mungkin salah seorang penubuhnya.
This is from Ben, a librarian at Kroch, Cornell Uni (thanks Ben.I'll do a follow up soon):
For your quest on RAWAS. Have you seen "Ensiklopedi Suku Bangsa di
Indonesia" by M Junus Melalatoa? In this book, vol.[2] or jilid L-Z,
p.700, under RAWAS, it says that, RAWAS live in the border of 3
provinces: Bengkulu, Jambi and Palembang (South Sumatera)
Those 2 books call # you've listed, are not about RAWAS, but RAWA the
swamp. The 1st one is about swamp area in Aceh, & 2nd is a novel by Korrie
Rampan, a famous Indonesian writer from Kalimantan.
The Library of Congress used RAWAS as its subject heading for this
specific group of language from Sumatera. They are also subject heading
for RAO and RAWA languages from Papua. I'm not sure how the British
libraries subject heading are.
They are 2 books of RAWAS language:
Morfologi dan sintaksis bahasa Rawas / oleh Zainul Arifin Aliana [et al.].
Struktur bahasa Rawas / oleh Yuslizal Saleh, M. Lamsari, Abdul Madjid.
My own understanding on this area (Jambi & Bengkulu), RAWAS people some
times called as "orang Kubu." The majority of "orang Kubu" called "Anak
Dalam." RAWAS people also often called as "Kubu RAWAS." I think most of
these books on "Anak Dalam" might included RAWAS too. Especially those are
from Sungai Rawas, or Kabupaten Musi Rawas.
You check this bibliography too, online :
http://resolver.library.cornell.edu/misc/abp0999
Ben dan saya went through another set of literatures on the rawas.Saya tidak fikir rawas itu rawa.Ben dapatkan saya yang ini:
The Rawa War of 1848
Thomas Braddell in his note on the history of Negeri Sembilan enclosed
with SS Despatch to the CO dated 29th December 1874, reveals the
involvement of the Rawa (Rao) and Mandailing in the Rawa War of 1848. The
latter were in Sungai Ujong (Seremban today) following the wake of the
Padri War (1816-1833).
" The Rawa disturbances in 1848 are of sufficient importance to justify a
few words giving an account of another and a most serious misfortune to
the Sungai Ujong mine.
" The Rawa are an adventurous people with a strong turn for trade, living
to the north east of the Pagarooyong (Menangkabowe) district, in the
middle of Sumatra. They have long been in the habit of trading to the
Peninsula, and have established Colonies in several places, the most
important of which was at Pahang, where they almost monopolized the trade.
The superiority of these people over the ordinary Malay give rise to
jealousies which require them to be on their guard, and to combine for
mutual protection, so that when any of the tribe are injured the rest are
bound to assist in protecting them, a feature in their character which
adds to the dislike of them entertained by the Malays; but being like the
Chinese, good colonists, they are allowed to remain in the Malay
countries.
" Causes of. - A number of the tribe had settled in Sungei Ujong, and were
getting the chief portion of the local trade in their hands where three of
them were put to death by the Klana for an alleged offence. The justice of
the execution was denied by the trio, and they determined to exact
vengeance. Assistance was sent for to Pahang, their head quarters, and
open war was declared. This was said to have been the pretext for the war,
but the truth probably was, that the many differences and jealousies
between the two races had brought matters to such a state that it required
very little to bring on a war.
" Result of. - The Rawa proved their individual superiority over the
Malays during the war. But being few in numbers and distant from their
resources they were at last obliged to retire; and they have not since
been allowed to return to the country. The Rawas who are now in Sungei
Ujong are said to be Tamoosai Rawas, and do not mix with the others, Rawa
Ulu (or up country Rawas); in fact the Tamoosais sided with the Klana."
Here in this passage we have the first mention of the presence of the
"Tamoosai" in the Peninsula in the second quarter of the 19th century.
There were probably two groups of people from Rao - the Mandailings and
the Rao. Rao is the frontier country between Minangkabau and Mandailing.
The Rao or "orang Rawa" as they are known in the Peninsula and in East
Sumatra. The "Tamoosai Rawas" were Rawa from Tambusai, while Rawa Ulu (or
up country Rawas) were probably Mandailing, whose homeland was to the
north of Rao. Of course, this does not discount the Tambusai's presence, a
distinct group in themselves.
The Mandailing involvement in the "Sungei Ujong" affair was confirmed by
J.C. Pasqual who wrote about the episode in 1930s based on an account from
"Raja Allang ibni Raja Brayun, who was a Forest ranger of the Ulu Langat
district in the late 'eighties (1880's)". He implied that the Mandailings
were not on the side of Dato' Klana but against him.
" At this time Raja Brayun, a Mendeleng from Sumatra, invaded Sungei Ujong
and attacked Datoh Klana Sendeng, because a friend of Raja Brayun was
murdered and Datoh Klana Sendeng refused to pay the blood money of $400
according to 'adat' Malayu. On the side of Raja Brayun there was Panglima
Garang and Panglima Si Gara, both 'invulnerable' and fierce warriors,
besides 500 fighting men. But he was defeated although he had bribed one
of Datoh Klana Sendeng's men with $3,000 to burn the granaries and blow up
a powder magazine. Raja Brayun then retired to Recko, a village on the
Langat river a short distance upstream from Kajang, and invited Raja
Abdulsamad to live with him. He built a stockade at Recko and had a large
force of fighting men who lived by robbery and raiding Sakais to sell them
into slavery."
Mandailings as well as Rawas raided Orang Asli and sold them into slavery.
This is not to say that historically all Mandailings and Rawas were a
party to this. Other Mandailings were also noted in British records as
having employed Orang Asli.
=========================
This book "Raja Bilah and the Mandailings in Perak, 1875-1911" by
Abdur-Razzaq Lubis & Khoo Salma Nasution might have some information too.
Puan, saya baru saja terbaca dlam blog ni.Saya berhasrat utk melihat sejauhmana kelompok Rawa(Rao)ini menunjukkan minat mereka dlm membincangkan etnik ni sejak laman web jaro dilancarkan pd 20.07.06.Utk maklumat pn saya antara j/k jaro semasa pelancarannya diRaub.Sy dari generasi ke5 Tengku Khairul Alam(Tengku Muda dr YDP Padang Nunang)Kg saya diDurian Sebatang Raub.Kalau sedang membuat kajian mengenai org Rao ni,kita ada buku yg baru diterbitkan 2007 berjudul "Bingkisan Sejarah Raub, Rao Dan Pagaruyung;Pertaliannya Dengan Raub Dan Pahang" ditulis oleh Zaffuan Hj. Manap(anak jati kg Temau)Mybe this can help you....
Salama Marisma,
Saya sudah pun membeli buku Zaffuan sejak ia mula keluar dulu tetapi saya agak kecewa sebab ia masih belum dapat menerangkan sejarah Rawa di Raub sebab asas buku itu adalah manuskrip Allahyarham Haji Ishak (yang saya pernah lawat masa saya kecil2 kerna mengikut ibubapa saya menziarah dia.Suka sangat rumahnya di tepi sungai tu.Airnya jernih)
Bagaimanapun, lebih baik ada rekod dari takda.Mungkin kajian Zaffuan boleh menjadi titik tolak atau bahan rujukan kepada kajian2 lain.
Post a Comment