Hari ini berbaldi-baldi saya menangis walaupun dengan rasa malu sebab Prof Kirpal Singh (dari Singapore Management University) duduk di sebelah saya. Tapi siapa yang tidak akan menangis menonton video tentang Palestine dan Lebanon yang ditayangkan oleh Dr Ang Swee Chai? Wanita perubatan beragama Kristian ini berkata sebelum beliau melihat sendiri pembunuhan beramai2 di Sabra-Shatila 1982, beliau penyokong fanatik Israel dan melihat org2 Muslim tu jahat dan org2 Palestine itu pun jahat.Selepas kegiatan kemanusiaannya di rantau itu, makanan Israel pun tidak lalu beliau makan sebab kecewa dan marahnya beliau terhadap kekejaman rejim itu merobak rabik kemanusian di Palestine & Lebanon. Dr Ang dari Pulau Pinang tetapi kini rakyat Britain tetapi beliau bekerjasama dgn MERCY Msia dan berkawan baik dgn Dr Jemilah yang seakan teman inspirasinya.Kasih sayang antara dua sahabat ini ketara di perjumpaan mereka di UIA hari ini anjuran Dr Hariyati. Saya rasa bersyukur dapat berkenal mesra dengan dua wanita berhati mulia ini.Tidak mungkin saya dapat menjadi mereka, meninggalkan dunia selesa untuk membantu orang lain.Tetapi kata Dato' Dr Jemilah memang kerja2 begini bukan semua orang boleh buat.Tetapi kita buat lah apa yang kita mampu.Saya kata kalau nak suruh saya menulis, itu mudah bagi saya tapi kalau nak minta pakai boots, mengharungi banjir air atau banjir darah..sukar saya bayangkan! Mungkin saya yang pengsan dahulu.
Tetapi charity bermula dari rumah, kata Dr Jemilah.Kita boleh bekerja dgn org2 yang kurang bernasib baik di negara kita sendiri : penagih dadah, org2 buta dan pekak, org asli, dll (jadi jgn bermula dgn tempat2 jauh ini..kalau tidak jadi disaster tourism sahaja, katanya..click! click! ambik gambar, senyum2 sambil hulur kotak2 pakaian/ubatan/selimut, lepas tu balik Msia, tidur nyenyak.Itulah namanya disaster tourism.Berapa ramai org buat begini?)
http://www.inminds.co.uk/from-beirut-to-jerusalem.html
Kata Dr Jemilah, kalau kita asingkan seminggu atau sebulan setahun dalam hidup kita buat kerja amal (tapi mesti konsisten), bayangkan berapa ramai org kita dah bantu.
Mereka yang bekerja sebagai pekerja kemanusiaan ini bukan calang2 orang. Mereka tidak membesar secara tiba2.Biasanya ibubapa mereka pun dari kalangan selfless people.Tetapi sifat ini boleh dibentuk dan sekolah dan universiti adalah ladang yang subur untuk pembinaan sifat mulia ini. Patut ia jadi sebahagian dari kurikulum kita.Community work patut diberikan credit (amali semasa 3rd semester)
Harap2 Rektor saya baca blog ni. :))

2 comments:
Manusia beginilah yang dapat dibentuk oleh Rasulullah - mereka sanggup mengorbankan apa saja - harta, masa, diri bahkan nyawa mereka sekali. Keimanan mereka kuat. Cinta mereka kepada Allah dan Rasul mengatasai segala-galanya. Apa saja perintah Allah dan Rasul mereka laksanakan. Mereka yakin dalam perintah itu ada kejayaan.
Ya, Dr J and Dr Ang berkata siapa mereka kawini pun penting.Jgn lupa pengorbanan para lelaki macam suami2 wanita berhati mulia ini. Kata Dr Ang suami beliau pernah berlawak dgn suami Dr J, "We are true gentlemen..when it comes to war..ladies first." Tapi saya yakin hidup mereka juga dibayangi risau setiap kali isteri2 mereka pergi menyahut apa yang dikatakan oleh Dr Ang "panggilan Tuhan." (itu sebab biarpun dihujani bom, peluru, mereka tetap selamat sebab Allah memang mahu mereka di situ membantu!) Dr J kata bom yang digunakan di Israel di Lebanon kali ini lain dari perang2 sebelumnya..ini bom berangkai..kalau ada mangsa2 yang mungkin hidup selepas letupan bom pertama, dia akan mati di letupan ke 2-3 dan lain2.Bom pertama itu akan buat lubang maut bila ia meletup dan meletup lagi selepas itu.Tak seperti wilayah2 perang yang lain, di wilayah perang Israel tiada langsung laluan utk bantuan kemanusiaan..semua kena letup! Begitulah jahatnya rejim ini.
Post a Comment