Sunday, May 20, 2007

The Muse is back

Apa yang kau cari di sini?
(terilham selepas habis membaca novel Mohja Kahf The girl in the tangerine scarf -- dengan sedikit pengubah-suaian)

Di kota terbuang ini
ulat-ulat hijau berterbangan
ditiup angin kencang

bertanya
apa yang kau cari di sini?

di kiri kau novel Mohja
bercerita konflik diri
sebagai muslim di daerah tersisih
bercerita bagaimana dia harus tabah mempertahankan
tradisi
kerana itu didikan ibubapa yang sering berkata,
"jangan malu jika orang memerhati kita
sembahyang di tepi jalan
atau mengambil wudhu', membasuh kaki di sinki Sears
atau Macy"

di hari budak-budak skinhead menarik tudungnya
mencarik-carikkannya
tiada seorang guru yang membantu
mengatakan ini tidak mungkin di sebuah negara
demokrasi
di mana kebebasan beragama adalah perlembagaan

di hari budak-budak Saudi mempersendakan tudungnya
sambil meraba kewanitaannya
di dalam limo mewah di pinggir padang pasir
sambil berkata,"tidakkan kau tidak biasa bercumbu
dengan lelaki? Mengapa kau bertudung.Ini bukan
cara Amerika"
dia memekik sekuat hatinya

"AKU MAHU PULANG!!!!"
Di Amerika mereka menghina
tetapi tidak mencabul kehormatan wanitaku.

Apa yang kau cari di sini?

Di kanan kau seorang anak remaja
bertungkus lumus menghadapi periksa
menangis terisak-isak
kerana tiada siapa di sisi untuk mengadu

apa yang kau cari di sini?

5 comments:

Faridah said...

ada blog baru khas untuk puisi.Agar tidak bercampur aduk.

Pembaca blog yang ke seribu akan menerima sebuah buku. :))

Nik Nor Zafirah said...

err...is tat last stanza bout me??
haha..biasala stress masa exams..
crying's a gud way to release stress...

u also do tat once in awhile kan???shhh... ><

Faridah said...

perasan ke? :))

Fynn Jamal said...

Dr F!
my god!!! terasa smpai lubuk hati, u know!!!

feel sgt.

Faridah said...

Fynn,

Iya ke? Mcm tu la kalau jadi working mom.But I try not to be guilty.The new generation women harus ada role model (kitalah tu)di mana women CAN contribute to the dev of mcm2 (agama,society, nation, etc) tetapi pada masa yang sama are aware tanggungjawab keluarga mereka.Tidak apa lah jika terpaksa menerima berbagai labels: superwoman, bad mother, etc.