Wednesday, December 27, 2017

The Alai silence

I think I have figured out the reasons for the Alai silence.

My conversations with Mat mengukuhkan lagi teori saya bahawa Rawa Tanjung Alai dan Rawa Pagarruyung di kampung kami bak kata Mat "tidak sejoin" yakni tidak ngam.Sudah lama saya tak dengar perkataan "sejoin" ini.haha.

Rawa Pagarruyung dikatakan berasal dari raja benar.Manakala Rawa Tanjung Alai dari Raja Muda.Tetapi versi berbeza2.Saya kena pastikan sama ada raja muda itu buatan Belanda atau memang ada sebegitu (Raja betul tinggal di Pagarruyung, anak atau raja muda tinggal di Tanjung Alai).

Anyway...jejalur Rawa Pagarruyung org kuat agama maka itu gelaran Tuanku diberi.Gelaran itu utk ulema bkn gelaran raja mcm kita melihat raja di sini hari ini.Tetapi Tuanku ini bisa sahaja dinobat menjadi Raja oleh sistem pemilihan raja di Rao.Mmg agak rumit utk memahaminya.

Ibubapa Mat senasib dgn ibubapa saya.Ayah kami dari jejalur Pagarruyung manakala ibu kami (dan mrk mmg bff) dari jejalur Tanjung Alai.Mat memberitahu bhw ibunya pernah bercerita semasa bapanya ingin mengahwini ibunya..tentangan hebat dari jejalur Pagarruyung berlaku.Tetapi bagai cerita Romeo dan Juliet yg bernasib lebih baik, mereka berjaya bernikah.Begitu juga ibu saya.Dia sangat bencikan ayah saya ketika ayah saya cuba memenangi hatinya.Dan kami memang tak kenal saudara mara ayah saya selain immediate adik beradik (lain emak dan lain ayah) dan anak2 mereka walhal skrg saya tahu bhw datok saya ada 3 adik beradik yg lain.Jadi mungkin benar antara dua "kem" ini, mereka tidak "sejoin".Yg nyata mereka mempunyai kawasan yang berbeza di kg itu.Kawasan rawa Pagarruyung di sebelah Kundang Patah dan sekitarnya.Kawasan Rawa Tanjung Alai di Semantan Ulu/Pulau Robiah yg suatu masa dulu pusat kedua terbesar tempat orang bertukar barang dagang di Sungai Lipis dan kawasan itu ada sekolah, kedai, rumah pasung dan kawasan padi yg luas.Keluarga di sebelah ibu saya rules di sini. Rumah mereka pun semua berdekatan dan berkongsi sawah dan bendang.

Sangat menarik kisah keluarga saya di zaman silam.Kami mempunyai cerita Romeo dan Juliet yg tersendiri!

Monday, December 25, 2017

Family time

Ahad malam was Xmas Eve. Kami keluar makan Z belanja. Petua makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang ..kalau diamalkan baru dapat nikmat makan yang sebenarnya. We did it at Flour, Dsara Heights. Just nice for 3.




Kaunselor yang tidak bertauliah

Dua peristiwa aneh berlaku kepada saya dalam trip ke Raub kali ini.

Semasa saya beritakan tentang betapa wang kami pun tidak cukup untuk membayar duit hotel di WA keluarga, Kak Ngah mengusulkan saya mencari sayur kampung dan berjual di pekan sari Ulu Gali Sabtu itu.Jadi saya sahut cabaran itu.

Saya minta izin makcik yang berjual sayur-sayur kampung itu saya nak duduk di tempatnya dan ambik gambar untuk dikirim  kpd WA keluarga. Tiba-tiba makcik (asal Kelantan) itu berkata ambiklah gambar saya yang miskin ini...anak-anak saya miskin minta bantuan, satu pun tak dapat. Tetapi kalau orang luar minta, bukan main banyak diberi. Pada mulanya saya tak faham apa-apa tetapi bila beliau berkata ..orang Palestin, Syria, Rohingya semua dibantu..baru saya faham rintihan kekecewaannya. Kemudian dia menangis! Saya cakap sabarlah makcik..minta terus je dgn Tuhan. Apa nak buat kerajaan kita dah macam tu (beep..censored..haha)..nanti pilihanraya..makcik pilihlah sapa makcik suka. It can only happen to me, right? Saya cuma nak bergambar!

Itu pagi Sabtu di Ulu Gali. Hari Ahad pagi di Pekan Sari Raub..saya dan Fatin tengah menikmati sarapan pagi yang telah mengelabui mata kami..akhirnya saya pilih yong tau foo dan Fatin nasi lemak seperti biasa. Tiba-tiba datang seorang wanita yang mengatakan dia dari Perak membawa teman2nya ke Pekan Sari tu nak mencari ikan patin.Saya kata biasa di Temerloh. Kata dia ada..dah jumpa kat sini. Then she spoke non stop about her life..then masuk bab anak dia yang kaya raya tapi dapat menantu perempuan yang sombong..she started crying...she said balik pun setahun sekali ..waktu raya..itupun balik ari. Allah! Luluh hati saya mendengarnya Dalam zaman yang serba modern di mana orang dah ramai celik agama, masih ada anak macam ini? Saya cuma boleh berkata sabar dan terus berdoa agar Allah balikkan hati mereka supaya ingat akan jasa ibubapa. Jangan disumpah anak-anak itu.Doakan sahaja.

Fatin was like...whaaat? Prof boleh jadi kaunselor. I said I didn't do anything! Saya berkesimpulan bahwa terlalu ramai orang Msia yang memendam rasa dan tiada tempat untuk meluahkan perasaan mereka.Any stranger will do! Wow...so sad if it has happened to this stage.

My advice to all ialah buka mata dan pasang telinga. Saya suka buat eye contact dgn orang tua dan senyum kpd mereka dan tegur apa kabar. Mungkin itu yang membuka jalan untuk mereka bercerita?
Cubalah buat.



Cucu Cicit Imam Long

Saya dan Fatin balik ke Raub sebab nak menemubual Pak Anjang Ali di Kg Ulu Gali tentang jalur di sebelah ayah saya dari jejalur Imam Long iaitu anak kepada Panglima Daud atau Raja Ahmad dari Pagarruyung. Saya telah melihat makam-makam mereka di Temau awal tahun ini.

Pak Anjang Ali memegang salahsilah keluarga Raja Ahmad terutama anak cucu cicit Imam Long yang berkahwin dua. Isteri pertama orang Semantan (kampong keluarga saya) dan dia mempunyai 4 orang anak termasuk moyang lelaki saya Panglima Muda Abdul Rahman. Pak Anjang dari jalur isteri kedua Imam Long di Temau (ada 7 orang anaknya) jadi dari segi itu kami bersaudara. Anak Abdul Rahman adalah Mohd Dawi (datuk saya) yang bekerja sebagai seorang guru. Dia mempunyai 3 adik beradik lain yang tidak pernah saya tahu dan saya tidak tahu mengapa saya tidak tahu. Ini akan menjadi siri siasatan saya yang akan datang : menjejak kasih keluarga atok2 sedara saya di sebelah ayah.

Jadi kami dilayan baik oleh keluarga baru saya ini. Ini bermakna jika umur saya panjang, raya nanti banyaklah rumah yang perlu saya singgah untuk menjamu selera. Haha. Di WA group pun mereka merancang pelbagai aktiviti. Group di Temau sangat aktif. Saya dengar seperti mereka sudah ada koperasi sendiri, ladang berekar2 dan mereka berniaga hasil di pekan sehari di sekitar Raub. Saya suka group sebegini - very forward thinking.Semoga keluarga ini semakin besar dan maju.

Selepas itu, kami ke rumah Tengku Puji salah seorang Orang Besar 8 Pahang. Pak Ungku mengatakan dia lahir waktu Jepun dan namanyapun diberi oleh orang Jepun yang menyuruh bapanya menamakannya Fujiyama tetapi ayahandanya meletakkan hanya "Puji" di sijil kelahiran.
Dia menceritakan perihal Khairul Alam, putera Pagarruyung dihantar ke Negeri Sembilan untuk membantu peperangan di sana tetapi bila sampai, peperangan sudah selesai. Satu versi berkata dia pergi membantu pula perang Perak-Pahang tetapi Zafuan penulis buku Rawa Raub menangkis versi ini dgn bertanya buku sejarah mana yang mengiyakan ada perang Pahang-Perak? Perang Pahang-Selangor mungkin (rawa bantu selangor). Versi yang lain, Khairul Alam terus sahaja ke Gesing dan kawin dgn orang tempatan sebelum berkembang di tempat2 lain seperti Temau, Dong etc.

Zafuan juga menangkis bahwa Raja Ahmad adalah juga Tok Prak dari Perak. Timelinenya jauh sangat katanya.

Fatin dan saya pergi ke Kg Ajai sebelum Maghrib sebab takut tak jumpa jalan masuk ke rumah Zafuan tetapi instructions dia clear. Saya solat di situ sebelum berteremba tentang versi2 yang berbeda. Zafuan ni rupanya macam P.Ramlee masa muda. :) Saya harap dia sambung pelajarannya. Sangat tajam pemikiran anak muda ini dan sangat luhur budi pekertinya walaupun macam rawa2 yang lain, bisa juga kata-katanya.Tegas bagai seorang panglima. Haha.Can ngam. :)

Zafuan memberitahu saya bahawa jauh ke dalam dari rumah aruah Imam Wahi (pakcik saya di sebelah ibu) adalah pusat kedua besar tempat Rawa berkumpul dahulu kala. Nama tempat itu Pulau Robiah (sekarang sudah menjadi bukit). Tempat utama was Budu. Menurut seorang lagi pengkaji Rawa di Pahang, Ustaz Hassanuddin, Pulau Robiah adalah tempat bertukar barang di tepi Sungai Lipis selain Batu Talam, Tersan, Lubuk Lela, Benta dan Pagar,  dan Penyom.

Mungkin bah besar yang acapkali berlaku di Pahang telah menukar arus sungai dan perubahan iklim telah mengeringkan Pulau Robiah ini. Saya ingat sewaktu kecil di tahun 60an bila kami balik kampung..banyak lagi kawasan sawah yang berair. Sekarang semua menjadi tanah dan berhutan.Mungkin betul Pulau Robiah adalah sebuah pulau tempat orang lalu lalang laluan sungai. Jika tidak, masakan ada sekolah yang agak besar di situ. Di situlah orang-orang kampong yang kini dalam usia 90an (yang pernah saya jumpa) bersekolah. Wan Siti Ungkat memberitahu saya dia dipilih sebagai ketua kelas.Ditanya apa tugasnya sebagai ketua kelas ketika itu (seorang wanita dipilih sebagai ketua, OK? Ini sebelum perang dunia ke 2. Tahun 1940s), dia memberitahu..pagi2 buka tingkap kayu yang ada besi sangkut itu..dia harus menongkatnya supaya tidak tertutup dek angin. Mungkin itu sebab gelarannya Siti Ungkat. heh heh. Lagi, tanya saya? Lagi katanya..suruh murid cabut kemuncuk di padang. :)

Saya harap saya boleh berjumpa dia lagi sebab dia telah dibawa cucunya pindah ke Kedah sebab tiada siapa menjaganya yang semakin tidak sihat.Cerita dia sangat menarik..bagaimana dia dikawin paksa kerana kedudukan (mereka keluarga berada..lelaki yang dia suka miskin. Jadi keluarganya kawinkan dia dgn lelaki tua yang kaya. Dia tidak bahagia kerana serba serbi suaminya buatkan. Dia seorang wanita yang independent). Menyesal selama ini saya tidak baik dgn dia setiap kali saya menziarahi kubur ibu bapa saya, dia akan menjerit2 ajak saya ke rumahnya yang tidak jauh dari perkuburan.Ketika itu saya tidak kenal dia secara lebih dekat.

Dato Mazlan di WA anak cucu cicit Imam Long memberitahu kisah orang bernama Robiah ini..diceritakan kpdnya semasa tragedi Port Dickson tentang wanita keramat bernama Robiah yang mana makhlok airpun begitu takuttkan dia sehingga banyak tempat di persisiran pantai selat melaka dinamakan dgn namanya - Teluk Robiah dll. Adakah Pulau Robiah itu berdasarkan orang yang sama? Atau mitos itu dibawa oleh orang Rawa yang merantau ke sini? Jika anda ada terdengar kisah ini, sila tinggalkan komen. visitacehdarussalam.blogspot.my/2012/11/asal-muasal-pulau-rubiah.html

Nasihat untuk pengkaji muda; hormati orang tua sebab mereka gedung sejarah. Sekarang saya cuma melayan orang tua berumur 80 tahun ke atas. Pak Anjang berusia 89. Ingatannya masyaAllah. Dia tidak merokok. Bibirnya sentiasa mengukir senyum.Macam rawa-rawa yang berusia yang lain, memandang wajah mereka sangat menenangkan. Mereka masih melakukan solat tahajud di usia sebegini.

Mungkin itulah kemanisan wajah itu.


salahsilah Imam Long anak kpd Raja Ahmad
Kampong Ulu Gali was one of the best in Pahang so Tun Razak ajak mereka
 ke rumahnya sebab masa ni dia pun dah tak larat nak berjalan (1967)


Tengku Puji dan Pak Anjang Ali
(rupa mcm Sultan Pahang)

Ustazah Hasnah 



Trip Raub yang kalut

Mulai sekarang segala masukan tentang penyelidikan Rawa saya akan ditulis di dalam Bahasa Melayu memandangkan mungkin ramai yang ingin tahu kerana mereka juga seperti saya ingin menjejak asal usul nenek moyang Rawa mereka.

Di Indonesia, tidak ramai yang tahu akan suku kaum ini dan jika tahu pun, mereka tidak menyebutnya sebagai Rawa macam kita di sini. Mereka menyebut Rao.

Tengahari Jumaat lalu saya dan pembantu penyelidik kami yang bernama Fatin balik ke Raub. Tanpa saya tahu semua kakak saya yang ada di Raub telah keluar makan angin ke Kuala Terengganu sebab cuti sekolah. Yang sulong di Putrajaya di rumah anaknya. Duh. Jadi saya tidur sahaja di hotel. Semasa berhenti makan di restoran kegemaran saya di Bentong (sebab masakan tradisi Pahangnya yang betul2 macam air tangan ibu saya) saya dapati purse saya tertinggal di ofis di UIA (semasa nak membayar bil). Jadi Fatin yang membayarnya. Kami serba salah nak balik ke Gombak ambik purse dan terperangkap dalam jam atau teruskan perjalanan ke Raub dgn tabah. Saya teks SOS kpd suami minta masukkan wang ke dalam akaun Fatin. Bila kami sampai di hotel, alhamdulillah wang sudah masuk. Kalau tidak, mungkin kami tidur di masjid Raub. Saya sangat sedih waktu itu. Baru rasa susahnya bila tidak berduit.Insaf!

Acara tahlil utk malam itu juga kelam kabut bilamana diberitahu sekolah tahfiz tutup sebab cuti sekolah. Saya beritahu anak-anak sedara agar buat sahaja di masjid. Sorang duduk di rumah mak mentua di Dong..agak lambat bergerak jadi saya cuba channel lagi satu, nephew di Sg Lui yang tiada ketangkasan neneknya.Duh tetapi Danial selepas dikerah beberapa kali berjaya menemui Pak Imam yang mengatakan jumlah ahli masjid adalah seramai 80 orang mlm itu. Besar dugaan saya. Duit tak cukup untuk menempah makanan. Jadi sekali lagi saya SOS suami supaya masukkan lagi duit ke akaun Fatin. Kemudian utk mencari last min caterer yang sanggup ambik last min order for 80 people. Memang dugaan. Seorang dikuarantin MERS sebab baru balik dari umrah.No go. Cuba channel lagi satu, thanks to Aida yang cekap. Boss pulak di KL, cannot decide. Dalam fikiran, order je roti canai. Tetapi dgn izin Allah, caterer kedua sanggup tetapi packed dinner.Anything! Desperado.

Saya dan Fatin solat Maghrib di masjid Sempam dan tahlil dibuat selepas Isyak selepas jumaah habis mengaji. Alhamdulillah, kalut tetapi makanan tidak terbazir.

Masa yang sungguh damai ketika tidak terkejar2 mengejar kerja dan terperangkap di jam. I had my time out with myself di masjid. Rasanya sangat damai ada masa nak mengaji tanpa rasa diburu waktu.


Tuesday, December 12, 2017

From Batu Pahat to Muar

The weekend getaway in Batu Pahat was meant for Anidah-Tol's son's wedding reception but my husband wanted to do a down the memory lane going back to Muar where he spent 2 years as a primary sch boy, living with his uncle while his mom went back to University Malaya to study History. So he showed us where he grew up (rumah tu pun dah runtuh), places he'd go. A bit emo for him. Z and I could not understand. We thought he was lucky to see so many things at such a young age.

The wedding reception was cool. Semua buat sendiri. Tak payah catering, upah orang buat pelamin ke hapa. And we felt so warmly received.Food was good. Paling liat nak balik sebab we were eating this and that. :)

Then Muar. What a discovery! I thought it might be a sleeping town but no! So much life. So much food! Bak kata Engku..kalau dah suka makan tu...

Hubby said geng motor surau might go on a day trip.Boleh la suruh tapau satay muar, mee bandung udang galah, murtabak spore.





































Kalah Kajang

Balik KL terbayang2 satay warisan Muar ini























Best spa in Muar


this was real time (pinggan Z)