Monday, December 25, 2017

Trip Raub yang kalut

Mulai sekarang segala masukan tentang penyelidikan Rawa saya akan ditulis di dalam Bahasa Melayu memandangkan mungkin ramai yang ingin tahu kerana mereka juga seperti saya ingin menjejak asal usul nenek moyang Rawa mereka.

Di Indonesia, tidak ramai yang tahu akan suku kaum ini dan jika tahu pun, mereka tidak menyebutnya sebagai Rawa macam kita di sini. Mereka menyebut Rao.

Tengahari Jumaat lalu saya dan pembantu penyelidik kami yang bernama Fatin balik ke Raub. Tanpa saya tahu semua kakak saya yang ada di Raub telah keluar makan angin ke Kuala Terengganu sebab cuti sekolah. Yang sulong di Putrajaya di rumah anaknya. Duh. Jadi saya tidur sahaja di hotel. Semasa berhenti makan di restoran kegemaran saya di Bentong (sebab masakan tradisi Pahangnya yang betul2 macam air tangan ibu saya) saya dapati purse saya tertinggal di ofis di UIA (semasa nak membayar bil). Jadi Fatin yang membayarnya. Kami serba salah nak balik ke Gombak ambik purse dan terperangkap dalam jam atau teruskan perjalanan ke Raub dgn tabah. Saya teks SOS kpd suami minta masukkan wang ke dalam akaun Fatin. Bila kami sampai di hotel, alhamdulillah wang sudah masuk. Kalau tidak, mungkin kami tidur di masjid Raub. Saya sangat sedih waktu itu. Baru rasa susahnya bila tidak berduit.Insaf!

Acara tahlil utk malam itu juga kelam kabut bilamana diberitahu sekolah tahfiz tutup sebab cuti sekolah. Saya beritahu anak-anak sedara agar buat sahaja di masjid. Sorang duduk di rumah mak mentua di Dong..agak lambat bergerak jadi saya cuba channel lagi satu, nephew di Sg Lui yang tiada ketangkasan neneknya.Duh tetapi Danial selepas dikerah beberapa kali berjaya menemui Pak Imam yang mengatakan jumlah ahli masjid adalah seramai 80 orang mlm itu. Besar dugaan saya. Duit tak cukup untuk menempah makanan. Jadi sekali lagi saya SOS suami supaya masukkan lagi duit ke akaun Fatin. Kemudian utk mencari last min caterer yang sanggup ambik last min order for 80 people. Memang dugaan. Seorang dikuarantin MERS sebab baru balik dari umrah.No go. Cuba channel lagi satu, thanks to Aida yang cekap. Boss pulak di KL, cannot decide. Dalam fikiran, order je roti canai. Tetapi dgn izin Allah, caterer kedua sanggup tetapi packed dinner.Anything! Desperado.

Saya dan Fatin solat Maghrib di masjid Sempam dan tahlil dibuat selepas Isyak selepas jumaah habis mengaji. Alhamdulillah, kalut tetapi makanan tidak terbazir.

Masa yang sungguh damai ketika tidak terkejar2 mengejar kerja dan terperangkap di jam. I had my time out with myself di masjid. Rasanya sangat damai ada masa nak mengaji tanpa rasa diburu waktu.


No comments: