Wednesday, December 27, 2017

The Alai silence

I think I have figured out the reasons for the Alai silence.

My conversations with Mat mengukuhkan lagi teori saya bahawa Rawa Tanjung Alai dan Rawa Pagarruyung di kampung kami bak kata Mat "tidak sejoin" yakni tidak ngam.Sudah lama saya tak dengar perkataan "sejoin" ini.haha.

Rawa Pagarruyung dikatakan berasal dari raja benar.Manakala Rawa Tanjung Alai dari Raja Muda.Tetapi versi berbeza2.Saya kena pastikan sama ada raja muda itu buatan Belanda atau memang ada sebegitu (Raja betul tinggal di Pagarruyung, anak atau raja muda tinggal di Tanjung Alai).

Anyway...jejalur Rawa Pagarruyung org kuat agama maka itu gelaran Tuanku diberi.Gelaran itu utk ulema bkn gelaran raja mcm kita melihat raja di sini hari ini.Tetapi Tuanku ini bisa sahaja dinobat menjadi Raja oleh sistem pemilihan raja di Rao.Mmg agak rumit utk memahaminya.

Ibubapa Mat senasib dgn ibubapa saya.Ayah kami dari jejalur Pagarruyung manakala ibu kami (dan mrk mmg bff) dari jejalur Tanjung Alai.Mat memberitahu bhw ibunya pernah bercerita semasa bapanya ingin mengahwini ibunya..tentangan hebat dari jejalur Pagarruyung berlaku.Tetapi bagai cerita Romeo dan Juliet yg bernasib lebih baik, mereka berjaya bernikah.Begitu juga ibu saya.Dia sangat bencikan ayah saya ketika ayah saya cuba memenangi hatinya.Dan kami memang tak kenal saudara mara ayah saya selain immediate adik beradik (lain emak dan lain ayah) dan anak2 mereka walhal skrg saya tahu bhw datok saya ada 3 adik beradik yg lain.Jadi mungkin benar antara dua "kem" ini, mereka tidak "sejoin".Yg nyata mereka mempunyai kawasan yang berbeza di kg itu.Kawasan rawa Pagarruyung di sebelah Kundang Patah dan sekitarnya.Kawasan Rawa Tanjung Alai di Semantan Ulu/Pulau Robiah yg suatu masa dulu pusat kedua terbesar tempat orang bertukar barang dagang di Sungai Lipis dan kawasan itu ada sekolah, kedai, rumah pasung dan kawasan padi yg luas.Keluarga di sebelah ibu saya rules di sini. Rumah mereka pun semua berdekatan dan berkongsi sawah dan bendang.

Sangat menarik kisah keluarga saya di zaman silam.Kami mempunyai cerita Romeo dan Juliet yg tersendiri!

2 comments:

Iskandar aka DR Bubbles said...

Hujung 2017 lagi banyak posting best fasal Rawa.

Ok dah dapat contact wakil persatuan waris tok gajah dan mat kilau. Maybe depa boleh membantu for factfindings di Pulau Tawar itu. Nak nombor telefon. Whatsapp me at 019-266 5157.

Faridah said...

Dr.Bubbles: thks so much.Nanti I WA