Wednesday, June 25, 2008

Rapatkan saf

FORUM PENCEROBOHAN HAK -HAK MELAYU DAN MUSLIM

Kebelakangan ini telah timbul semula isu-isu yang menggugat kedudukan Islam dan kepentingan umat di negara ini yang memerlukan perhatian dan penglibatan kita sebagai seorang Muslim yang komited kapada agama kita. Di antara isu-isu yang mencabar ialah cabaran-cabaran terhadap status Islam dalam Perlembagaan dan dalam undang-undang negara termasuk kedudukan Mahkamah Syari’ah itu sendiri, kes-kes mahkamah seperti pengunaan kalimat-kalimat suci Islam oleh agama-agama lain, kedudukan tanah wakaf, usaha-usaha pihak–pihak tertentu mendesak, malah ada juga yang mencabar, pihak berwajib supaya melonggarkan status dan menurunkan martabat Islam di negara ini yang disuarakan secara lantang mau pun diusahakan secara halus, usaha-usaha badan-badan agama lain dari luar negera menyebarkan dakyah-dakyah mereka di kalangan umat Islam tempatan serta usaha-usaha mereka memperalatkan individu-individu Islam tertentu untuk kepentingan mereka, berita-berita negatif terhadap Islam dan umat Islam di negara ini yang dipamerkan dalam siaran-siaran TV di luar negera, dan lain-lain.

Menginsafi keadaan ini, maka IMAN (Interactive Muslimah Association) berserta Malaysian Chapter Alumni Universiti Islam Antarabangsa akan mengadakan forum bertajuk “Forum Pencerobohan Hak -Hak Melayu Dan Muslim ” yang akan menampilkan mereka yang terlibat terus dalam isu-isu ini serta mereka yang berpengalaman dalam hal-hal umat Islam di Malaysia. Semuga dengan penjelasan-penjelasan dari para aktivis dan tokoh-tokoh ini, saf-saf umat Islam di negara yang tercinta ini akan lebih kemas dan tersusun.




Tarikh: 12hb Julai 2008, Sabtu
Masa:: 9.30 pagi – 1.00 ptg
Tempat: Main Auditorium, UIA Gombak


Panelis forum:

Dato’ Haji Mohd. Nakhaie Ahmad (Yang Di Pertua YADIM)
En. Zainur Zakaria (peguam, Pengerusi Peguam Pembela Islam)
Haji Yusri Muhammad (Presiden ABIM)
En. Abdul Rahim Sinwan (peguam)
Hj. Muzaffar Dato’ Mohamad (pakar Sejarah Kesultanan Melayu)

Moderator: Puan Kamar Ainiah Kamaruzaman
(Ketua Biro Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia IMAN, peguam)

Penganjur Bersama
IMAN (Interactive Muslimah Association)
Alumni Universiti Islam Antarabangsa (Malaysian Chapter)
ASA (Academic Staff Association UIA )

Pihak Penganjur akan mengadakan kutipan derma kilat untuk Tabung Urusan Umat membantu para aktivis bergerak dengan lebih kemas. Sila berikan sumbangan ikhlas saudara.

JEMPUT DATANG BERAMAI-RAMAI

2 comments:

Small Talk said...

Dear Faridah,
Its good kita rapatkan saf so as not to allow the syaitan room to disturb us during jemaah prayers. Its also true that there are enemies out there trying to destroy Islam and they are also among us.
"Forum Pencerobohan Hak -Hak Melayu Dan Muslim" to me is very confusing. Hak2 Melayu and hak2 Muslim can mean TWO different thing. If we are just talking about hak2 Melayu it might not be the same as hak2 Muslim.
Think about it....Salam

Faridah said...

I thought along the same line too but I think, constitutionally speaking, they may have a point:Malays are constitutionally Muslims.Yang buat kita konfius is dari sudut philosophy:

1. All Malays are Muslims
2. All Muslims are not Malays
Therefore ???
Muslims are not necessarily Malays.

Ah well, confusion is our middle name.It's a Malaysian disease. Kadang2 macam Don Quixote fighting the windmill.

I guess, the panelists will raise one issue or another, or both.Yang pasti, memang ada masalah di dalam kedua2 topik.I think the Malays have rights to voice their concerns over many accusations hurled at them/us.That we are trying to Malay-ise everything,lacking Malaysian spiritlah, ini dan itu.We were never raised to be racist but this is the accusation commonly thrown at us.I think I pun nak speak up for myself and my parents who raised me to hormatkan orang lain walau apa pun bangsa/agama mereka.

There isn't one voice in Malaysia.But I want mine to count.