Tuesday, November 04, 2014

En Terbos

Entry ini utk Dr Bubbles yang masih di Spain.

En Terbos ni kuat menipu.Serba serbi dia menipu.Entah apa benda yang didapatnya menipu.Satu hari dia membawa satu produk.

Dia pun canang satu kampong: produk asli! produk international!
Disebabkan khalayaknya semua wanita terpelajar (ahaks) di mana deceit was not a virtue and not practised among them, maka En Terbos berjaya menjual ubatnya.Untungnya beribu sekali dia melabun.Wanita terpelajar tu masuk uni sesaja tetapi daya menangkap seorang kaki kelentong tidak pernah diajar guru mereka.

Hari ini apabila saya nak membeli madu yemen grade A, saya teringat En Terbos.Akan tertipukah saya sekali lagi, saya bertanya? Budak di kaunter itupun tak pasti apa yang dijual mereka.Saya tanya bagaimana bisa kamu ingin berjual tanpa ilmu? Terus mereka melabun : ya, ya...kami pernah berguru dgn Harun Din bab madu.

Saya gulung anak mata saya ke atas.Nmpk yang putih sahaja.Oh puhlease..there cannot be too many En Terboses in this world, fikir hati saya.

Saya membelek2 botol madu yang berwarna hitam pekat di tangan.Ada no. telefon si pembekal.Lantas saya telefon empunya diri.Tidak pasti En Terbos atau tidak tetapi dia berbangsa Arab.Saya tanya adakah madu di tangan asli dan bagus.Dia suruh tengok grade jenis apa di botol.C, kata saya.C terbaik atau tidak, tanya si ngok ni lagi (pergi uni sesaja!). Kata En Terbos Arab di telefon..C tarafnya C.Mana A-nya, tanya saya.

Di kedai saya di KLCC.Boleh letak di kedai uni saya? Tidak boleh katanya kerana saya cuma jual kpd datin2 dato2 dan mrk yang kaya (begitu le lebihkurang perbualannya).Sekali lagi putih biji mata saya.Sudah ada unsur2 nak melabun gayanya.

Kami berjanji berjumpa besok di uni.Dia sanggup dtg bawak sebotol madu grade A+.Kita saksikan adegan berikutnya.

Yang nyata madu pertama yg saya beli dari En Terbos asli adalah dari lebah ternak.Warnanya sama dgn madu grade C yang saya pegang yg menurut En Terbos Arab, bukan dari lebah yang bebas menghirup madu bunga liar (grade A)dan dari pokok sidr.Takpalah..sudah termenterai ketika itu wang yg diberi adalah sedekah.Tetapi diharap dia sudah insaf dari menipu.Tidak ada faedahnya kecuali mencari dosa.

Nota tambahan: saya membatalkan pembelian dari En Terbos sebab jumpa madu yang sama yang murah Rm100 dari harga buat dato2 dan datin2.

Botol besar 500g harganya RM160; yang 250g RM85
(warna keemas-emasan)

2 comments:

FJ said...

gelak guling-guling i baca nih! hahahahahahahahahaha

Faridah said...

FJ: hati-hati dgn penyamun tarbus. :)