Wednesday, August 20, 2014

Nak apa?

Bukan pertama kali saya beranggapan kalau orang menelefon mesti ada sesuatu mereka ingin dari saya (untuk saya bantu atau saya sebagai pendengar masalah mereka).

I know it is bad to think so.Banyak kali sudah terkantoi!

Dulu seorang bekas pelajar dari Dhaka datang dari jauh mencari saya semasa dia datang ke KL urusan perniagaan.Saya sudah lupa siapa dia.Bila dia datang, saya tanya ada apa-apa saya boleh bantu? Dia cakap hanya datang nak say hi.Silrahturrahim.Saya masih tak ingat dia.Kemudian dia beritau dia yang bawak kami menziarah sana sini semasa rombongan UIA melancarkan alumni branch di Dhaka.Sangat malu rasanya!

Tadi, Kak Id telefon.Dah lama kami tidak berhubungan.Kak Id bantu saya setiap hujung minggu kemas rumah basuh dan seterika baju waktu kami tiada pembantu selama beberapa bulan (menunggu yang baru).Dia boleh buat semua..jaga garden pun boleh.Dia masih bekerja as cleaner di UIA but not in my zone (agak jauh di hostel budak2 so we don't meet).

Hari ni dia telefon.Saya fikir mungkin dia nak sesuatu pertolongan.Kenapa Kak Id? (short of saying kenapa Kak Id telefon).Katanya tidak apa2.Kadang2 Kak Id rindu dengar suara Prof.MasyaAllah..saya sangat tersentuh! Sebenarnya dua-tiga hari kebelakangan ini pun saya teringatkan Kak Id.Mungkin telepathic.I must learn how to be more sociable.Semalam I visited my spa friend (phone rosak, semua nombor hilang).Dia pun kata dia kol but I was away in Europe waktu tu.I wanted to inform her my mom died.Baru semalam dapat berjumpa.Nasib dia tak tanya datang rumah ni nak apa!! She just said bagus you datang.I kol you tak berjawab.Dia nak ajak pi tempat spa baru.And that was how we met...at a spa place. :))

A reminder to myself, bila orang mencari, jangan tanya atau fikir: nak apa.Terimalah mereka seikhlasnya.


2 comments:

Mawar said...

KakF
Betul. Baik sangka dan ikhlas.

Faridah said...

Mawar: kita (baca saya) sudah punah akan keasingan kota.