Thursday, April 14, 2011

cerita seram yang anda tidak mahu dengar

amaran: jangan baca ini di waktu malam

Maka sudah jadi tabi'i (ejaan tak pasti) orang melayu dan ramai bangsa asia dan se-zone dengannya, apabila sakit yang pelik-pelik, mereka akan mendapatkan pendapat kedua dan ketiga dan seterusnya..dari ustaz, shaman, bomoh, kiai dan apa sahaja.

Harus berhati2 kerana jika kita percaya mereka BOLEH menyembohkan, kita syirik.
Harus berhati2 kerana jika kita percaya apa mereka kata, kita juga boleh syirik.

Dengan itu, saya bercerita dalam ketakutan.
Sekiranya anda akan mempercayai apa yang akan saya ceritakan.
Bacalah sekadar pengetahuan.
Atau sekadar ingin tahu.Bahawa masih ada dunia yang sebegini.
Mana yang baik, kita ambik ikhtibar.

Tetapi saya akui ramai yang saya temui adalah dari kalangan yang baik-baik.Saya tidak mempertikaikan keikhlasan mereka.

Cerita ini ialah mengenai interpetasi masing2 tentang apa yang berlaku.The other side of the story of the modern medical world.

Saya tidak akan ceritakan semua tetapi hanya sedutan the 'best'.Sorry.:)

Maka saya pun diperkenalkan kpd satu nama.Susah untuk berjumpa kerana sangat ramai clientsnya tetapi tokoh ini sangat rendah diri maka diizinkan juga saya menemuinya atas dasar kasihan.

Pada mulanya katanya saya tidak apa2.Cuma masalah medikal biasa.Tetapi sekiranya ada gangguan lain, dia akan beritahu saya kemudian (selepas solat hajat dan lain2).

Selepas Maghrib,beliau menelefon saya dan megesahkan MEMANG ada gangguan lain.Maka dia pun mendoakan cara beliau.Proses pemulihan adalah gradual.Saya sangat tidak sabar kerana sudah 2 bulan tidak tidur dan setiap jam 2 am selalu berguling2 macam kena voodoo.Doc medical saya juga tidak percaya slipped disc boleh sakit mcm ini rupa dan menasihatkan saya mencari rawatan spiritual juga.

Dalam pada itu, saya cuba cari apa sebab sebenarnya kaki kiri saya sakit sangat mcm tidak normal ini.Kawan2 saya ramai juga yang slipped disc tetapi tidak seorang yang went through what I went through.I guess if a scientific explaination is needed, I could say masing2 mungkin punya kondisi yang berlainan.Mungkin.

Satu hari, tokoh saya selepas didesak, memberitahu saya bacaannya:

Saya lihat kakak telah terpijak permainan anak jin.
Saya: di mana?
Tokoh: di dapor kakak
Saya: tapi ITU dapor saya.Dia tidak harus bermain2 di situ!

Ya, you might think it's funny (I laughed when tokoh told me this) but when I told Mek (my funny sister), she said her fren one day terduduk kat anak jin on her sofa at home.Puas berubat sana sini.Tak baik2.Then one ustaz told her (careful..syirik alert)

And yet, said Mek, there was another story in which anak kawan dia terlanggar anak jin dengan basikal sehingga cedera parah(anak jin yang cedera parah)...puas juga berubat (syirik alert! syirik alert!)

Maka apa yang perlu saya buat, tanya saya kpd tokoh.For truce ~ minta maaf: saya perlu tabur 7 atau lebih bunga kenanga di dapor saya dan besoknya harus dibuang di persimpangan empat.

Sewaktu permintaan ini dibuat, saya belum tahu kisah anak jin ini,Tokoh cuma meminta saya berbuat demikian dan saya tidak bertanya.Saya fikirkan tokoh mahu dapor saya wangi.Heh heh.

Kesimpulan cerita saya, jangan tanam pokok kenanga.Jin suka. :)

16 comments:

Noor Hidayah Mohamed Yunan said...

I like

Faridah said...

Hidayah: laa...cerita hantu pun suka? haha.Thanks.Kalau I rajin, episod lain I cerita lagi.

jooli said...

I've heard of that (pokok kenamga ada jin). My parents have pokok kenanga outside our home in Kuantan, so far no problem. I've also heard of pokok cempaka, tanjung ada all jin. There are so many of these trees around the uni & I simply love them when they bloom.

Faridah said...

Jooli: there's another one I just found out~ pokok limau (and I have one planted just infront of my house!) Kalau nak tanam, do not tanam depan rumah, it seems.But i refuse to remove it for artistic reasons..I love my limau tree (sungguh berseni) Apparently ada satu single mom jinn berumah di situ..anak dia la kot bermain kat dapor I tu...nak ketawa pun tak berani weh.

Anonymous Devil said...

hoho. certainly, we cannot claim that we got illness ape2 ke because of the jins and that we were cured of our ilness because of this and that bomoh. everything is because of Allah.

actually, i've had quite a similar problem like yours too. the bomoh said i terpijak 'something' which led to my feet sakit2 for no apparent reason sometimes. but now it's ok. alhamdulillah. kalau x susah gak mude2 lagi dh terjengket2 berjalan. hehe.

Faridah said...

Xlanx: what did you do that you were cured? The doas? Or painkillers? Habag mai no. ustaz you if it's the former.:)

ubuntu_linux said...

prof

belakang uia kan ada darus syifa'. why don't u go there n try with them. xpun kalau prof rajin, hari selasa prof pergi bangi for dr. haron din. dia punya syifa' bukak hari2 tapi dr. haron din cuma ada on tuesday. prof kena pi awal2 la sebab ramai. my friend went there n it shows improvement.

Faridah said...

Ubuntu: InsyaAllah, will do.Thks for your advice.Nak tunggu habis marking nih.

Anonymous Devil said...

i went to a bomoh. not a deviant one but not an ustaz. i don't know his no. la dr.. my future in-law brought me to see him. at batu pahat. and he doesn't seem to like people to know that he does that kind of thing although his reputation does precede him. hehe.

he said something like saye terkene denai/denah. but he said it was nothing. gave me some water yang dah dihembus2 and thank God now i'm ok.

Faridah said...

Xlanx: OK.Noted.

Mawar said...

Dear Kak F
me speechless. dapur is my territory n like to spend my time there. hope my dapur is safe .... eeeee. doa n doa.

Faridah said...

Mawar: hahaha..asalkan you takda pokok limau tanam depan rumah,insyaAllah selamat, kot? Jangan percaya sangat.Kita mana nak nampak.Melainkanlah kita masuk kawasan dia dan kacau (hutan ke, lombong ke, etc)Amalkan doa2 pendinding diri dari ancaman luar (termasuk jin syaitan, binatang buas dan manusia yang hasad dan dengki).InsyaAllah Allah sentiasa melindungi.

Mawar said...

Kak F,
kalau pokok limau bahagian depan dapur (sebab saya menghadapnya, bila berdiri di sinki) atau kedudukan itu dinamakan belakang dapur? heheheh...

selalu ingat petua pereka hias kediaman, "jadikan belakang rumah macam di hadapan rumah"...

semoga Kak F semakin sihat. amin.

Faridah said...

Menurut tokoh saya tu, belakang rumah takpa.Penghias rumah dalaman tu belum luas pengetahuan alam ghaib dia tapi kita faham maksud dia: rumah biarlah kemas dan bersih which is very Islamic.I like. :)

F A L T 0 said...

alamak prof we have both pokok limau kasturi and pokok kenanga in front of the house (luar pagar exactly)! pls advice, thanks!

Faridah said...

F.A.T.:Biarkan je...tak leh nak percaya sgt benda2 gini.Tu kawasan kita lagi pun.Wallahualam.