Friday, July 04, 2014

Dah 5 Ramadan! (Writing this on Thursday)

How time flies.Today dah 5 hari kita berpuasa, I baru dapat pi surau 2x.Ustaz (Ustaz Dato who is sooo funny) kata if we solat Isyak and Fajr berjemaah, it's equivalent to pahala menghidupkan satu mlm (separuh mlm for Isyak, separuh for Subuh). Begitu juga if you do jemaah Jumaat even when you travel...pahalanya lebih besar dari solat Zohr sorang-sorang.

Ustaz ni org Negeri Sembilan (studied at Al Azhar..I tak tau if he's also a lecturer somewhere but he's well-connected and very cultured..his take on menghormati wanita menandakan betapa gender sensitizednya dia.I was truly impressed!) and he spoke on lapan perkara yang dianggap "lagho".I hope I ingat ke semua lapan to share with you:

1. Bila masuk masjid, tak solat sunat masuk masjid : lagho
2. Bila jumpa org kat mana-mana majlis/neighbourhood, tak ingat nama : mesti make it a point to kenal another Muslim mcm kita kenal pasangan kita : kita tau latar belakang dia etc.Kalau pi surau bertahun-tahun tapi don't make any attempt to know their names: lagho.
3.  Tak doa utk org lain: keluarga, jiran, ummah - lagho
4. Tak ambik kesempatan meningkatkan ilmu - lagho
5. Tak menghormati tetamu: lagho
6. Tak melayan isteri kita/ suami kita - lagho but his contoh was to remind how lagho most husbands are.He said sunnah suapkan makanan ke mulut isteri cos' itulah amalan Rasulullah.Kalau malu sbb dah tua, tunggu isteri suap mkn sendiri pun dah dpt pahala, he said.How sweet, kan? Maksud tersirat is: give your wife the attention/appreciation she needs for doing household chores and membesarkan anak2 while you are away, etc.(coming from ustaz yang agak berumur and from Al Azhar- known to be a very conservative uni nilah yang buat I impressed dgn penceramah kita kali ini)
7. Tak baca Quran dgn tertib - lagho
8.Tak beri salam kpd ahli kubur bila kita lalu di kawasan perkuburan: lagho.Rasulullah saw akan sentiasa beri salam yang berbunyi: salam sejahtera ya ahli kubur, kamu telah pergi mendahului kami.InsyaAllah kami juga akan mengiringi mu dan didoakan agar diampunkan dosa-dosa semua (begitulah lebih kurang maknanya tetapi kalau rasa pjg sangat, just say Salam sejahtera wahai ahli kubur.Ustaz kata tetapi jgn lupa kalau ada yang menjawab, pecut lari!)

Yang had us in stitches when he started showing how pronunciation of different races will make bacaan ayat Quran so funny...he imitated bacaan org Arab (byk tak betul bunyinya), org sub- continent (Alaa instead of Allah), orang Melayu yg pelbagai.He said orang Negeri kalau cakap ular tu oola.Orang Muar Ulor.Orang Melaka Ulau.Orang Kedah Ulaq.Orang Kelantan?, he asked the crowd. Someone from the back shouted, "Snake!".Mesti orang Kelantan tu malu nak ckp Kelantan. :)) Ustaz kata org Kelantan ni lembut (Nik takda..dia pi corporate buka puasa).They would say: u-larrrr (drag sikit kat belakang tu).Z and I suka sgt kalau tazkirah lawak2 mcm ni.Lawak cerdik, kata orang.

What a talent ustaz ni.Dia boleh jadi linguist!

4 comments:

Mohd Shahrizal Nasir said...

Prof, how about Ustaz Rizal, yang graduated from IIUM tu? ;-)

Faridah said...

Rizal: Ustaz Rizal kena datang surau Darul Ulum bagi ceramah utk masuk blog commentary ni. :)) Tapi semua IIUM grads kan hebat2 belaka? Tahniah dan semoga kita membantu membawa perubahan ummah ke arah yang lebih cemerlang.

Iskandar aka DR Bubbles said...

Macam mana gamaknya orang Raub pronounce Ular? I know Air becomes Ayer. Kole iadi Kule.

Faridah said...

I think tak byk beza dgn org Kuala Kangsar and org Muor: ulor.