Thursday, November 01, 2012

Al fatihah buat Shukri

Setiap kali melewati
lamanmu

kami akan tertanya-tanya
di mana shukri

anak lelaki saingan di usia muda
yang sering berlari berkejar-kejaran

setiap raya
bentong-raub-bentong

di mana agaknya dia

dan semalam teman mu mazlan
telah berkata
telah bertanya

masihkah kau ingat
shukri, kawan kita

dan aku menderaskan angguk ku
iya iya
di mana dia?

I have always wondered
about this childhood friend

Mazlan bercerita dia orang besar kelasi
yang satu hari , 4 bulan lalu
semasa seronok bersama teman-teman
ber-harley davidson
dia tiba-tiba rebah

nafasnya yang terakhir

shukri
we never met again
but your youth
was a friendship
I carried with me
every time raya
bentong-raub-bentong

al fatihah
semoga dicucuri rahmat ke atasmu

IIUM
Gombak

* also takziah to Hizwani whose dad passed away yesterday.Al fatihah dan semoga dicucuri rahmah ke atasnya.

2 comments:

Mawar said...

Kak F
salam takziah dan al fatehah.

Faridah said...

Mawar: kawan darjah 4-5.Zaman tak kenal halal haram..semua main kejar2 lagi kat padang sekolah waktu rehat.Kelakar, kan? :)) If i get invited to another fren's wedding..wedding anak dia, akan bertemu kembali budak2 padang ni.Haha..boleh jadi short story material.Tajuk cerpen " Budak-budak padang". Budak lelaki yg i sentap rambutnya masa main polis sentri skrg lawyer besar.Kalau jumpa kat wedding tu nanti, I menyorok bawah meja!